Apabila kebanyakan daripada kita melihat kereta, kita biasanya lebih berminat dengan warna, reka bentuk dan kuasa enjin yang dimiliki.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang yang sukakan perkara terperinci, unsur-unsur yang berbeza yang ada pada kereta mungkin kelihatan menarik, seperti bentuk lampu, bilangan pemegang cawan atau mungkin tanda-tanda pelik pada tingkap kereta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun perkara ini berbeza-beza antara pengeluar kereta, kebanyakan tingkap kereta mempunyai beberapa misteri.

Ini termasuklah garisan atau jalur di tingkap belakang, titik-titik hitam kecil di tepi tingkap atau garis misteri yang muncul apabila anda melihat tetingkap kereta melalui kacamata polarisasi!

Walaupun butiran-butiran kecil ini mungkin tidak disedari oleh ramai orang, namun masing-masing memainkan peranan menarik dalam melindungi integriti kereta dan keselamatan penumpang.

Garisan di tingkap belakang

fungsi garisan pada cermin belakang

Apabila anda melihat ke belakang melalui cermin pandangan belakang pada waktu pagi pada musim sejuk di beberapa tempat di dunia, anda mungkin tidak terkejut untuk melihat salji atau ais yang terbentuk yang menghalang pandangan anda.

Walaupun anda boleh mematikan kereta anda dan membuang salji atau ais, kereta anda juga mempunyai sistem pencairan untuk memastikan anda selamat.

Barisan hitam kecil yang anda lihat di tingkap belakang kereta diwujudkan untuk memanaskan tingkap dan memastikan ia sentiasa jelas.

Sekali lagi, butiran sistem ini berbeza mengikut pembuat dan model kereta, tetapi pada amnya garis hitam tersebut tertanam dalam kaca sebagai sistem pencairan bersepadu.

fungsi titik hitam pada cermin kereta 2

Arus kecil dilalukan melalui wayar atau garisan tertanam dan semasa arus dilalukan, ia memanaskan kaca dengan haba yang cukup untuk mencairkan salji atau ais yang menghalang pandangan anda.

Ia juga boleh menghapuskan kabus atau pemeluwapan yang terbina.

Cermin depan kereta anda juga mudah terdedah kepada salji, ais dan kabus, tetapi udara di papan pemuka mampu meniup udara panas terus ke kaca depan untuk meningkatkan suhu dan menjadikan pandangan anda jelas.

Tingkap belakang biasanya tidak diposisikan berhampiran ruang udara, jadi teknologi yang berbeza diperlukan.

Titik hitam di sekeliling tingkap

fungsi titik hitam pada cermin kereta 3

Sekiranya anda pernah merenung ke luar tingkap ketika melakukan pemanduan jarak jauh, pasti anda akan menyedari terdapat corak titik hitam yang agak aneh di bahagian penjuru bawah tingkap atau pada setiap pinggir tingkap yang tidak boleh dibuka.

Corak ini sebenarnya merupakan pilihan estetik oleh pengeluar kereta untuk menutup kehadiran pelekat yang digunakan untuk mengekalkan tingkap di tempatnya.

Pada bahagian di mana tingkap dipasang, pelekat yang kuat digunakan tetapi pengguna tidak mahu melihat kawasan tersebut kelihatan comot atau kotor, jadi titik-titik hitam ini ditambah.

Ia biasanya diatur dalam "corak separuh tona", di mana titik-titik itu mengecil dan menjauhi antara satu sama lain apabila ia semakin menjauhi kaca.

Peralihan jalur hitam di sekitar tingkap ke bahagian tingkap yang lutsinar membuatkan mata kita hampir tidak menyedari kehadiran corak-corak ini, sekaligus membuatkan ia seperti tidak wujud melainkan anda betul-betul merenungnya.

Titik-titik hitam ini yang dikenali sebagai "frits" pada asasnya ditanam ke dalam ketika kaca tingkap dihasilkan, membuatkannya mustahil untuk dikeluarkan.

titik hitam di sekeliling cermin kereta

Ia juga memiliki fungsi lain. Apabila tingkap dibengkokkan ke dalam bentuk terakhir ketika pembuatan, titik-titik hitam ini dipanaskan untuk membuatkan kaca menjadi lebih lentur.

Titik hitam ini cenderung untuk menjadi panas lebih cepat daripada kaca yang membantu menyebarkan haba dengan lebih baik dan menghalang tingkap daripada pecah ketika proses pemanasan yang halus ini.

Garisan terpolarisasi

garisan terpolarisasi

Bergantung kepada cermin mata hitam yang anda pakai, anda mungkin dapat melihat sesuatu yang agak pelik pada beberapa tingkap kereta, terutamanya tingkap sisi dan belakang.

Jika anda memakai cermin mata terpolarisasi, ada kemungkinan anda akan melihat garis, gelombang atau corak muncul di tingkap. Namun, anda tak akan dapat melihat butiran-butiran ini tanpa cermin mata.

Dan tidak, ia bukannya anda berhalusinasi tetapi cermin mata hitam anda yang membolehkan anda melihat pantulan cahaya dengan sedikit berbeza daripada mata kasar. 

Apabila tingkap kereta dihasilkan, ia diperkeraskan (tempered) yang bermaksud ia dibina dengan ketidaksempurnaan dengan sejumlah tekanan.

garisan terpolarisasi 90235

Jadi, apabila kaca ini pecah, ia akan hancur menjadi beribu-ribu kepingan kecil dan bukannya serpihan besar yang boleh mencederakan penumpang.

Selepas kaca ini dipanaskan, ia ditiup oleh udara sejuk yang kuat untuk menurunkan suhu dengan pantas lantas menimbulkan tekanan permukaan dalam kaca.

Apabila permukaan itu pecah, seluruh tingkap hancur dengan lebih mudah.

Corak yang anda dapat lihat semasa memakai gelas polarisasi dibentuk oleh pergerakan udara sejuk yang laju dan corak tekanan yang dimasukkan ke dalam kaca.

Proses-proses ini menghasilkan kaca yang sebahagiannya terpolarisasi di kawasan-kawasan tertentu, jadi cahaya yang dipantulkan dan dilihat oleh mata anda akan menunjukkan pola polarisasi.

birefringence

Polarisasi yang terhasil daripada tekanan ini disebut sebagai "birefringence", di mana terdapat pembentukan struktur yang berbeza dalam bahan seragam yang berinteraksi secara berbeza dengan cahaya.

Anda tidak akan melihat polarisasi seperti ini pada cermin depan kereta kerana kaca ini berlapis dan bukannya diperkeras (tempered).

Pengeluar kereta tidak mahu cermin hadapan berkecai apabila pecah kerana ia adalah halangan utama antara objek di dalam dan di luar kereta.

Sebaliknya, cermin depan biasanya diletakkan dalam satu helaian besar, hasil daripada proses laminasi yang kuat mengekalkannya bersama-sama.

titik hitam di sekeliling cermin kereta 2

Semua butiran kecil pada cermin kereta mungkin ini mungkin kelihatan seperti remeh, tetapi sangat penting untuk keselamatan dan keselesaan para penumpang, serta integriti struktur kenderaan itu sendiri.

Jadi apabila anda memandu selepas ini, beri perhatian kepada butiran ini dan bersyukur kerana mereka yang menghasilkan kereta memikirkan tentang perkara kecil yang penting ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)