Pada tahun 1953, 3 buah kapal terbang telah terhempas yang telah mengorbankan 43 penumpang. Persamaan kepada ketiga-tiga kapal terbang ini adalah ia mempunyai bentuk tingkap yang sama, iaitu petak. Sejarah penciptaan tingkap kapal terbang berbentuk bujur terhasil apabila industri penerbangan ketika itu mula untuk menjimatkan penggunaan minyak oleh kapal terbang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi menjimatkan penggunaan minyak, kapal terbang perlu terbang tinggi dengan altitud 30,000 kaki kerana ketumpatan udara adalah lebih rendah dan mengurangkan geseran kepada kapal terbang. Namun, untuk terbang setinggi itu, tekanan dalam kapal terbang perlu dikekalkan bagi membolehkan penumpang bernafas.

tingkap petak

perubahan tekanan

Ketika altitud semakin meningkat, tekanan di bahagian luar kapal terbang menjadi semakin rendah (19kPA) dan tekanan di dalam kapal terbang hampir tidak berubah (79kPA). Perbezaan tekanan ini menyebabkan kapal terbang sedikit mengembang. Apabila sesuatu bahan (badan kapal terbang) berubah dengan cara ini, ketegangan terhasil dan mengalir di dalam bahan tersebut. Ketegangan yang semakin bertambah akhirnya akan membuatkan bahan tersebut patah atau rosak. 

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan ketegangan ini dan salah satunya adalah bentuk bahan itu sendiri. Dalam kapal terbang, bentuk tingkap memberikan impak yang tinggi kepada ketegangan yang terhasil. Ketika ketegangan ini mengalir dalam badan kapal terbang, ia perlu mengubah arah apabila melalui tingkap yang dipasangkan pada badan kapal terbang tersebut.

bentuk tingkap

tingkap bujur

Perubahan arah ini akan menghasilkan tekanan pada kawasan tertentu iaitu pada bucu tingkap (petak), yang menyebabkan badan kapal terbang menjadi retak dan pecah, seterusnya mengakibatkan kapal terbang terhempas.

Pakar-pakar telah mengkaji kes kapal terbang terhempas itu dan berjaya mendapat solusinya, iaitu dengan menghasilkan tingkap berbentuk bujur. Tingkap bujur menghasilkan tekanan yang lebih rendah berbanding tingkap petak, dan kekal sehingga hari ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)