Oleh pada 05 Mar 2017 kategori

Setiap tahun, majalah Forbes akan mengeluarkan senarai hartawan terkaya. Kita selalu berbangga apabila ada anak Malaysia, terutama sekali anak Melayu yang termasuk dalam senarai orang paling kaya. Ada yang bertanya, kenapa Dato' XYZ ada aset puluhan ratus juta tapi masih tak tersenarai pun dalam Forbes?

Adakah anda tahu bagaimana Forbes mengambil kira nilai harta seseorang itu? Ia bukan bergantung kepada berapa buah rumah banglo, berapa buah kereta mewah, berapa juta duit dalam simpanan bank ataupun berapa juta sedekah amal jariah mereka buat. Kekayaan mereka diukur berdasarkan nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

dato raja munir raja mustapha merupakan orang ke 24 terkaya di malaysia

Sebagai contoh, Dato’ Raja Haji Munir Shah Bin Raja Mustapha, Pengarah Eksekutif MyE.G Services Berhad telah tersenarai sebagai orang ke-24 terkaya di Malaysia dengan aset berjumlah RM2.185 bilion.

ini pegangan saham dato raja munir dalam myeg untuk kiraan contoh kekayaan forbes 243

Dalam contoh ini, sekiranya kita lihat laporan tahunan MyE.G Services bagi tahun 2016, Dato' Raja Haji Munir mempunyai 731,044,492 unit saham dalam syarikat. (1,439,600 direct interest dan 724,604,892 indirect interest).

Kemudian, kita lihat pula harga saham MyE.G pada tarikh yang sama.

harga saham pada 31 disember akan menentukan nilai aset kekayaan hartawan di dunia

Dalam kes ini, harga satu unit saham bersamaan RM1.51. Jadi, jumlah nilai pegangan saham Dato' Raja Haji Munir pada 31 Disember 2016 ialah 731,044,492 X RM1.51 = RM1,103,877,182.92.

Tapi ini bukanlah bacaan nilai sebenar kerana tarikh dan harga tutup pasaran yang digunakan oleh Forbes diambil pada 17 Februari 2017.

Wow. Itu baru kira pegangan saham dalam satu syarikat sahaja. Belum masuk saham dalam syarikat lain.

Forbes hanya mengambil kira nilai bersih pegangan saham dalam syarikat senarai awam (public listed companies) sahaja ya. Cuba anda bayangkan kalau hartawan-hartawan ni ada memegang saham dalam syarikat-syarikat lain yang tidak tersenarai?

Dan ini kita belum jumlahkan nilai bersih dan aset peribadi mereka seperti bangunan, rumah, tanah, emas atau simpanan tetap. Berapalah agaknya jumlah kekayaan sebenar mereka? Hanya tuan badan aje yang betul-betul tahu. Mereka ni kalau dapat gaji tiap-tiap bulan tu agaknya tak bersentuh langsung kot.

yang jenis macam ini agak agak berapa nilai harta kekayaan diorang

Yang ini billionaire jugak ke camne?

Sumber : ForbesThe Star dan Majalah Labur




Hakcipta iluminasi.com (2017)