Pada tahun 2014, semasa sedang menonton televisyen pada suatu petang Ahad yang indah, Munaf Kapadia telah bertegang leher dengan ibunya. Pertengkaran itulah yang membawa perubahan paling besar dalam hidup Munaf dan ibunya.

Ketika itu, Munaf yang merupakan seorang eksekutif di Google berusia 25 tahun mahu menonton rancangan kartun The Simpsons. Namun, seperti hari-hari biasa, ibunya, Nafisa akan berebut untuk menonton drama India kegemarannya dan menukar saluran TV tanpa kerelaan Munaf.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perkara itu membuatkan Munaf terfikir. Ibunya mempunyai pelbagai kemahiran, namun dia hanya membazirkan masa setiap hari dengan menonton rancangan-rancangan yang entah apa-apa dan bermain permainan Candy Crush.

eksekutif google berhenti kerja untuk menjual samosa ibu dan menjadi jutawan ibu nafisa the bohri kitchen 4

Munaf berazam untuk membuat ibunya melakukan perkara yang lebih bermakna dalam kehidupan. Dari situlah dia mendapat satu idea yang sungguh bernas.

Ibunya seorang tukang masak yang sangat hebat, terutama sekali dalam penyediaan hidangan "Bohri" yang sering diraikan namun sukar didapati di sekitar Mumbai.

eksekutif google berhenti kerja untuk menjual samosa ibu dan menjadi jutawan ibu nafisa the bohri kitchen 7

Munaf kemudian telah menghantar e-mel kepada rakan-rakannya untuk menjemput mereka datang makan tengah hari di rumah merangkap 'restorannya' yang diberi gelaran "The Bohri Kitchen" pada hari Sabtu dan dikenakan bayaran Rs700 (RM42). Tanpa disangka-sangka, kesemua slot lapan kerusi dipenuhi oleh rakan-rakan kepada rakannya.

Setelah kejayaan pertama itu, The Bohri Kitchen mula beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Mereka mengalu-alukan kedatangan orang awam ke rumah untuk menikmati juadah namun mereka mengenakan caj seperti seperti sebuah restoran.

eksekutif google berhenti kerja untuk menjual samosa ibu dan menjadi jutawan ibu nafisa the bohri kitchen 2

Bohri ialah sejenis menu tradisi yang hanya terdapat di kalangan komuniti Muslim kecil bergelar Dawoodi Bohra yang tinggal di sebahagian India dan Pakistan. Untuk merasa juadah istimewa ini, anda perlu meminta rakan Bohri untuk memasaknya atau pergi ke kenduri perkahwinan masyarakat itu. Ia merupakan gabungan pengaruh Gujarat, Parsi, Mughlai dan Maharastria dan sering dihidangkan oleh kumpulan keluarga atau rakan-rakat rapat yang makan menggunakan satu pinggan keluli besar dipanggil thaal.

eksekutif google berhenti kerja untuk menjual samosa ibu dan menjadi jutawan ibu nafisa the bohri kitchen 6 30

Untuk hidangan makan tengah hari "restoran" itu, Munaf mengenakan caj sebanyak Rs700 (RM42) setiap orang bagi tujuh juadah banquet tradisional. Setelah selesai makan, para tetamu berasa terlalu gembira dengan masakan ibunya yang lazat sehingga bangun memeluk wanita itu. Bermula daripada kejayaan pertama itu, Munaf tahu yang idea itu boleh melangkah lebih jauh lagi.

Menu Bohri yang biasa dihidangkan termasuklah:

  • Samosa Keema Kambing : samosa berinti kambing salai yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus India
  • Khichda Kambing : kambing yang dimasak dengan kacang dal dan nasi
  • Chana Bateta Thulli : kacang kuda dan kentang yang dimasak dalam sos asam jawa, dihidangkan bersama gandum patah
  • Ayam Angara : ayam salai dalam kuah tomato yang dihidangkan bersama roti India

eksekutif google berhenti kerja untuk menjual samosa ibu dan menjadi jutawan ibu nafisa the bohri kitchen

Munaf membuat keputusan untuk meninggalkan kerjayanya di Google dan melancarkan jenama "The Bohri Kitchen" pada bulan Janurari 2015. Perniagaan mereka berjaya dikenali ramai atas ulasan-ulasan yang baik dan juga publisiti dari mulut ke mulut.

Pada permulaan, Munaf agak khuatir dan ragu-ragu kerana menjemput orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah. Jadi, mereka mengamalkan "polisi larangan pembunuh bersiri" dengan membuat semakan latar belakang setiap pelanggan yang membuat tempahan untuk memastikan mereka bukan penjenayah.

eksekutif google berhenti kerja untuk menjual samosa ibu dan menjadi jutawan ibu nafisa the bohri kitchen 5

Selain itu, cabaran yang dihadapi Munaf dalam memulakan perniagaan makanan dan minuman ini adalah semasa perlu meyakinkan kedua-dua ibu bapanya yang dia benar-benar nekad untuk meninggalkan Google dan juga belajar cara mengambil pekerja yang pandai menjaga kualiti makanan supaya mempunyai rasa yang konsisten seperti masakan ibunya.

Kini, Munaf mengenakan bayaran 1,500 rupee (RM90) bagi setiap hidangan makanan tengah hari atau adakalanya makan malam di rumah orang tuanya. Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan katering dan makanan bawa pulang yang beroperasi sepanjang minggu dan mempunyai tiga kakitangan.

eksekutif google berhenti kerja untuk menjual samosa ibu dan menjadi jutawan ibu nafisa the bohri kitchen 3

Antara selebriti terkenal yang pernah datang ke rumah keluarga ini adalah seperti Rani Mukherjee dan Farah Khan. Walaupun hanya beroperasi pada hujung minggu, perniagaan itu amat menguntungkan sehingga Munaf disebut oleh Forbes dalam senarai "30 di bawah 30" pada tahun 2017. Mereka kini sedang mencari peluang untuk membuka cawangan di seluruh India.

eksekutif google berhenti kerja untuk menjual samosa ibu dan menjadi jutawan 2 750

Bagi ibu Munaf pula, dia berasa teruja kerana dapat menggunakan minat dan bakatnya dalam bidang kulinari untuk membuka The Bohri Kitchen. Namun, dia masih tetap tidak berhenti menonton drama kegemarannya di dapur sambil memasak untuk pelanggan.

Sumber:

1. Forbes

2. India.com

3. The Bohri Kitchen




Hakcipta iluminasi.com (2017)