10 manusia paling pantas mencecah status billionaire 137

Hari ini, terdapat seramai 1,826 jutawan di seluruh dunia. Anda adalah sangat mengagumkan jika mampu menjadi salah seorang daripada mereka. Walau bagaimanapun, ada sesetengah jutawan ini lebih hebat daripada yang lain kerana berjaya mencapai status billionaire dalam masa yang singkat.

Kami kongsikan 10 usahawan terhebat yang mencapai status 1 bilion paling pantas dalam sejarah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. John D. Rockefeller - Standard Oil (25 tahun)

Rockefeller dianggap manusia terkaya dan pemurah sepanjang zaman dengan jumlah harta keseluruhan bernilai USD 345 bilion. Beliau juga telah menubuhkan Chicago University tetapi menolak tawaran untuk dinamakan sempena nama beliau kerana tidak mahu dirinya membayangi universiti tersebut.

john rockefeller manusia paling pantas jadi jutawan billionaire

Rockefeller menjadi kaya dengan mengasaskan Standard Oil pada 1870 semasa beliau hanya berusia 31 tahun di Cleveland. Dalam masa hanya beberapa tahun, beliau telah berjaya membeli hampir kesemua kilang penapisan minyak di Cleveland dan menjadi antara orang paling berkuasa di Amerika.

Pada awal 1890, Standard Oil menguasai 90% minyak di Amerika, menjadikan beliau billionaire Amerika yang pertama dan juga punca undang-undang monopoli mula dikuatkuasakan.

9. Bill Gates - Microsoft (12 tahun)

bill gates manusia paling pantas jadi jutawan billionaire

Pada tahun 1978, 3 tahun setelah menubuhkan Microsoft, beliau mempunyai 25 orang pekerja dan modal berbayar sebanyak USD 2.5 juta. Menjelang 1983, Microsoft telah digunapakai oleh 30% komputer di seluruh dunia.

Saham Microsoft mula tersenarai pada 1986 dan dianggarkan bernilai $350 juta. Gates ketika itu masih berusia awal 30-an dan nilainya meningkat tahun demi tahun menjadikan beliau salah seorang manusia terkaya dalam dunia sehingga ke hari ini.

8. Sergey Brin & Larry Page - Google (8 tahun)

larry sergey manusia paling pantas jadi jutawan billionaire 112

Kedua-dua orang sahabat ini mendapat idea mencipta Google melalui projek kelas semasa di Stanford. Setelah membangunkan sebuah prototaip, mereka menawarkannya kepada syarikat Excite dengan harga USD1.6 juta. Ketika itu Page mahukan bayaran sebanyak USD 600,000 dibuat dalam bentuk tunai, USD700,000 dalam bentuk saham dan baki selebihnya sebanyak USD300,000 didermakan kepada Stanford.

Namun demikian, Excite hanya menawarkan USD 750,000 dan tawaran itu ditolak oleh Page. Mereka bersabar selama beberapa tahun dan menjadi jutawan pada awal usia 30-an semasa Google menjadi syarikat tersenarai awam.

7. Sean Parker - Facebook (6 tahun 6 bulan)

sean parker manusia paling pantas jadi jutawan billionaire 738

Sebelum menjadi presiden pertama Facebook, Parker bermula dengan Napster dan Plaxo. Selepas beberapa tahun beroperasi, Napster telah ditutup dan disaman bertrilion dolar. Setelah itu, Parker juga dipaksa meninggalkan Plaxo. Beliau jatuh muflis hingga terpaksa menumpang tidur di rumah rakannya.

Akan tetapi nasib baik menyebelahinya apabila Parker berjumpa dengan Mark Zuckerberg selepas 6 bulan Facebook dilancarkan. Dari situlah beliau bangkit semula hingga berjaya bergelar jutawan.

6. Jeff Bezos - Amazon (4 tahun 6 bulan)

jeff bezos manusia paling pantas jadi jutawan billionaire

Bezos meninggalkan jawatan di sebuah firma pelaburan di New York untuk memulakan Amazon. Ketika itu, beliau berusia 31 tahun dan diberi bantuan dana USD300,000 oleh ibu bapanya. Amazon yang pada mulanya hanya laman web yang menjual buku berjaya memperolehi pendapatan sebanyak USD20,000 selepas dua bulan dilancarkan. Amazon tersenarai di bursa saham 3 tahun kemudian dan menukar status Bezos menjadi seorang billionaire.

5. Mark Zuckerberg - Facebook (4 tahun)

mark zuckerberg manusia paling pantas jadi jutawan billionaire

Facebook mula diasaskan pada tahun 2004 di Harvard University dengan pendaftaran seramai 1,500 pengguna dalam masa 24 jam pertama. Selepas 7 bulan Zuckerberg meninggalkan Harvard dan memindahkan lokasi syarikat ke Palo Alto, beliau berjaya mengumpul dana sebanyak USD500,000. Pada tahun 2006, beliau telah menolak tawaran bernilai USD 1 billion dari Yahoo! untuk membeli Facebook.

4. Pierre Omidyar - eBay (3 tahun)

pierre omidyar manusia paling pantas jadi jutawan billionaire

Pierre Omidyar memulakan versi eBay yang pertama pada tahun 1995 semasa beliau berumur 28 tahun. Setelah 9 bulan, eBay telahpun menjana keuntungan secukupnya membuatkan Omidyar memilih untuk berhenti kerja. eBay menjadi syarikat tersenarai awam setelah 3 tahun dilancarkan, sekali gus menjadikan Omidyar seorang jutawan segera.

3. Andrew Mason - Groupon (2 tahun 6 bulan)

Semua orang kenal Groupon tetapi ramai tidak tahu ia adalah syarikat paling pantas berkembang dalam sejarah dunia perniagaan. Groupon telahpun bernilai USD1 bilion apabila mendapat keuntungan bersih sebanyak USD135 juta setelah 17 bulan pertama dilancarkan. Menurut majalah Forbes, Groupon sudah mula memperolehi keuntungan selepas 7 bulan beroperasi dan hanya mengambil masa 2.5 tahun untuk menjana pendapatan USD1 bilion.

andrew mason manusia paling pantas jadi jutawan billionaire

Akan tetapi kini Groupon tidak lagi segah dahulu mungkin akibat lambakan laman web pesaing.

2. Gary Winnick - Global Crossing (18 bulan)

Winnick menubuhkan Global Crossing pada 1997, di mana mereka mendapat projek membangunkan kabel fiber optik menyeberangi Lautan Atlantik. AT&T, Microsoft dan banyak syarikat gergasi lain menggunakan perkhidmatan Global Crossing untuk mencapai pelanggan di benua Asia. Setahun kemudian, Global Crossing telah tersenarai sekali gus menjadikan Winnick meraih status billionaire selepas hanya 18 bulan.

gary winnick manusia paling pantas jadi jutawan billionaire

4 tahun kemudian, Global Crossing telah difailkan muflis dan disabitkan atas kesalahan fraud. Syarikat diarahkan membayar sejumlah USD335 juta kepada kesemua pemegang saham.

1. Jay Walker - Priceline (1 tahun)

Sebelum menubuhkan Priceline, Walker adalah salah seorang pengasas Synapse Group dengan modal permulaan sebanyak $300 juta. Walker menggunakan hasil jualan Synapse untuk memulakan Priceline. Bermula pada tahun 1998, beliau menghampiri kejayaan menjual 40,000 tiket dalam masa 4 bulan beroperasi. Pada tahun 1999, syarikat itu mula tersenarai dalam bursa saham dan Walker mencecah status billionaire pada tahun yang sama.

Akan tetapi, sebagaimana dia pantas menaikkan nama Priceline, begitu pantas jugalah beliau menjatuhkannya apabila menarik diri dari syarikat pada tahun 2000.

jay walker manusia paling pantas jadi jutawan billionaire

Bukan mudah sebenarnya mahu jadi kaya. Jatuh bangun itu sebenarnya sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan. Ada segelintir manusia yang tidak mahu bersusah-susah dan hanya berangan ingin kaya dengan cepat. Pemikiran sebegini amat berbahaya dan perlu dielakkan kerana boleh mengundang sifat lupa diri.

Baca kisah orang kaya memang seronok. Tapi adakah anda tahu penat jerih sebenar yang mereka lalui?




Hakcipta iluminasi.com (2017)