Sekiranya anda pernah bergelut untuk mengekalkan berat badan ideal anda, pasti anda memahami rasa kecewa apabila berat badan naik dan turun seperti rollercoaster.
Adalah menjadi satu pencapaian yang besar bagi mereka yang berjaya untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya terutamanya di dunia hari ini yang penuh dengan tekanan serta godaan makanan yang tidak sihat.
Walaupun banyak kebaikan kepada kesihatan diperoleh melalui penurunan berat badan, namun kehilangan berat badan yang banyak juga mempunyai kesan sampingan, iaitu kulit berlebihan.
Apabila seseorang yang mempunyai berat 150 kilogram kehilangan 50 kilogram dalam masa beberapa bulan, akan ada banyak kulit berlebihan yang tersisa yang tergantung dan mewujudkan masalah baru kepada badan yang sudah kurus.
Akan tetapi, bukan semua orang yang kehilangan berat badan mengalami masalah kulit berlebihan ini selepas melangsingkan badan dan terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi keadaan ini, serta pelbagai kaedah yang boleh membantu membetulkannya.
Sebelum kita melihat kepada jalan penyelesaian yang berpotensi, perlu diketahui dahulu apa sebenarnya yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Lebihan kulit selepas berat badan turun
Kulit kita adalah organ dinamik yang berubah dengan terlalu cara yang tidak terbilang sepanjang hidup kita.
Kulit juga agak luar biasa dari segi kelenturan dan keanjalannya. Apabila kita menaikkan berat badan, deposit sel lemak membina di bawah kulit dan kulit akan mengembang ke luar dengan sewajarnya di kawasan seperti paha, perut, punggung, lengan dada dan leher.
Sebagai metafora asas, anda boleh bayangkan kulit badan sebagai belon yang boleh diisi dengan angin disebabkan kenaikan berat badan.
Walau bagaimanapun, apabila berat badan itu hilang, terutamanya dengan tempoh singkat dan cepat, kulit tidak selalunya kembali ke tempatnya sebelumnya yang ketat.
Beberapa faktor utama yang merangkumi ini termasuklah usia anda, kelajuan penuruna berat badan, tabiat senaman, kawasan di mana berat (lemak) badan anda disimpan dan tempoh masa anda gemuk.
Usia
Orang muda cenderung mempunyai lebih banyak kulit elastik daripada orang yang lebih tua.
Jadi, jika perubahan berat badan anda berlaku semasa anda masih muda, contohnya, di bawah usia 30 tahun, kulit anda akan dapat menyesuaikan diri dengan penurunan berat badan dan kekal ketat.
Orang tua yang menurunkan berat badan cenderung untuk mengembangkan kulit yang berlebihan, yang boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti ruam dan peluang jangkitan kulit yang lebih besar, terutamanya di kawasan-kawasan yang lebih sukar untuk dijangkau dengan selesa apabila semakin tua.
Tempoh kehilangan berat badan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kelajuan anda menurunkan berat badan mempunyai kesan yang ketara terhadap kehadiran kulit yang berlebihan.
Walaupun ia merupakan hasil yang sangat menakjubkan untuk menurunkan berat badan yang banyak dalam masa beberapa minggu sahaja, tetapi tak ramai orang yang memiliki kulit yang dinamik seperti ini.
Kehilangan 0.5 hingga 1 kilogram seminggu adalah yang disyorkan untuk menurunkan berat badan secara sihat dan ia juga memberikan masa yang cukup untuk menyesuaikan diri dengan jumlah lemak yang lebih rendah daripada sebelumnya.
Rejim senaman
Banyak rejimen penurunan berat badan melibatkan beberapa jenis latihan fizikal, digabungkan dengan perubahan kepada diet anda.
Ini sangat penting jika anda mahu menurunkan berat badan tanpa meninggalkan kulit yang berlebihan. Dengan meningkatkan tisu otot di bawah kulit, ia dapat membantu mengekalkan kulit dalam keadaan ketat.
Peningkatan kepada jisim otot akan membuatkan kawasan-kawasan badan yang kehilangan lemak ini "gemuk" dengan otot dan memberikan jisim untuk diselaputi kulit.
Bahagian badan
Sesetengah kawasan badan cenderung mempunyai kulit yang lebih ketat berbanding yang lain.
Perut, punggung dan lengan atas adalah sebahagian daripada bahagian tubuh yang paling sukar untuk mengelakkan kulit yang berlebihan, sedangkan kaki, dada dan belakang mampu untuk lebih banyak menerima latihan yang dapat mengetatkan kulit.
Kawasan ini juga kurang terdedah kepada deposit lemak yang tinggi.
Tempoh obesiti
Jika anda berhadapan dengan waktu-waktu sukar dan melihatkan peningkatan berat badan sebanyak 15 hingga 20 kilogram tetapi menurunkan balik tak lama selepas itu, tubuh badan anda akan dapat kembali ke bentuk asal tanpa kulit lebih.
Namun, jika anda telah lama bergelut dengan masalah obesiti selama lebih daripada 10 tahun dan ke atas dan kemudiannya kehilangan berat badan secara drastik, kulit anda tak akan mempunyai keanjalan yang sama.
Ia memerlukan masa dan usaha yang lebih untuk kulit anda kembali kepada sediakala.
Cara-cara untuk merawat masalah kulit berlebihan
Ada beberapa kaedah yang telah dikembangkan untuk menangani masalah kulit longgar berikutan penurunan berat badan, termasuk memakai pakaian mampatan, prosedur pembedahan, makanan tambahan nutrien dan penggunaan krim topikal untuk meminimumkan keretakan dan ketidakselesaan.
Pakaian mampatan bermaksud untuk mengekalkan kulit anda di tempat yang sama dan mencegah pergerakan lipatan kulit yang boleh menyebabkan kulit retak, kemerahan dan kesakitan.
Pakaian ini boleh didapati untuk lelaki dan wanita dan boleh membantu meningkatkan penampilan fizikal anda serta meningkatkan keyakinan.
Namun, pakaian mampatan kadang-kala dapat mengganggu peredaran darah dan menyebabkan dehidrasi di dalam kulit, yang mungkin mempunyai boleh menyebabkan kesan negatif yang lain.
Di bawah kulit longgar, minyak tubuh, kelembapan dan kotoran boleh berkumpul dan menjadikannya tempat yang ideal untuk berlakunya jangkitan.
Atas sebab ini, mencuci dan membersihkan kawasan di bawah lipatan kulit secara kerap adalah sangat penting.
Anda juga boleh menyapu krim regangan pada lipatan kulit, terutamanya jika ia agak kecil.
Krim kolagen dan elastin boleh memberikan ketegangan sementara kepada kulit, tetapi ia jauh lebih berkesan jika anda mengambil suplemen kolagen.
Kolagen hirdrolisat menjadi semakin popular pada tahun-tahun kebelakangan ini kerana kesannya yang terbukti dalam melindungi integriti kolagen dalam badan.
Dengan memakan suplemen ini yang banyak terdapat di kedai makanan kesihatan, anda mungkin dapat meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk mencipta dan menggunakan kolagen dengan cara yang berguna.
Beberapa suplemen berguna lain yang boleh meningkatkan keanjalan kulit termasuklah pil protein, asid lemak omega-3 dan vitamin C.
Sentiasa memastikan badan hidrasi juga merupakan elemen penting dalam kesihatan kulit, jadi pastikan minum air yang mencukupi selepas penurunan berat badan untuk meningkatkan kesihatan kulit dan kesihatan secara keseluruhan.
Seperti yang disebutkan di atas, jumlah senaman yang sederhana, terutamanya latihan yang membina jisim otot boleh membantu mengetatkan lipatan kulit longgar.
Peningkatan jisim otot seperti ini boleh mengisi kawasan-kawasan yang pernah menjadi rumah bagi lemak dan boleh meningkatkan penampilan kulit yang ketat.
Akhir sekali, bagi orang-orang yang mempunyai masalah kulit berlebihan yang serius seperti kehilangan 25% daripada berat badan secara drastik, prosedur kosmetik mungkin adalah satu-satunya penyelesaian yang efektif.
Secara umumnya, ia dilakukan dengan membuat hirisan yang besar, kulit yang berlebihan dikeluarkan dan ditutup dengan jahitan.
Berikutan penurunan berat badan yang ketara, pelbagai pembedahan di bahagian yang berlainan badan mungkin diperlukan.
Antara prosedur yang paling popular untuk menghilangkan lipatan kulit yang longgar termasuklah "tummy tucks", lebih dikenali secara rasmi sebagai abdominoplasty dan juga brachioplasty.
Pembedahan jenis kontur ini mempunyai risiko yang agak rendah, tetapi mana-mana prosedur perubatan sudah tentu mempunyai potensi bahaya tersendiri dan kebanyakan syarikat insurans tidak melindungi prosedur "kosmetik" ini.