Penampilan menarik adalah impian setiap individu dan tidak dinafikan berat badan adalah salah satu faktor penting dalam hal ini.

Umum tahu cara paling berkesan untuk mengurangkan berat badan adalah dengan bersenam dan menjaga pemakanan seharian.

Kedua-dua ini sering kali gagal berkesan terhadap mereka yang berada dalam kategori obesiti teruk, namun dunia perubatan mempunyai penyelesaian kepada masalah ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pembedahan batriatik adalah istilah kolektif bagi pembedahan yang membantu anda menurunkan berat badan dengan membuat beberapa perubahan pada sistem pencernaan.

cara kurangkan berat badan pembedahan bariatrik

Bukti menunjukkan bahawa pembedahan bariatrik dapat merendahkan kadar kematian bagi pesakit dengan obesiti teruk, terutama jika ia digabungkan dengan gaya pemakanan sihat dan perubahan gaya hidup setelah pembedahan dilakukan.

Pembedahan bariatrik biasanya dilakukan hanya setelah pesakit telah berusaha menurunkan berat badan dengan diet yang baik dan tabiat bersenam, namun gagal. 

Selain daripada membantu mengurangkan berat badan, pembedahan ini juga mengurangkan risiko masalah kesihatan yang berkaitan dengan berat badan, termasuklah:

  1. Penyakit jantung dan strok
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Penyakit hati berlemak tanpa alkohol (NAFLD) atau steatohepatitis bukan alkohol (NASH)
  4. Gangguan tidur (Apnea)

Prinsip pembedahan bariatrik

kebaikan pembedahan bariatrik

Prinsip asas bagi pembedahan batriatik adalah untuk untuk menyekat pengambilan makanan dan mengurangkan penyerapan makanan di perut dan usus.

Proses pencernaan dalam sistem tubuh badan kita bermula di mulut di mana makanan dikunyah dan dicampurkan dengan air liur serta rembesan yang mengandungi enzim lain.

Makanan kemudiannya akan sampai ke perut di mana ia dicampurkan dengan jus pencernaan dan dipecahkan sehingga nutrien dan kalori dapat diserap.

Pencernaan kemudian menjadi lebih cepat apabila makanan bergerak ke duodenum (bahagian pertama usus kecil) di mana ia dicampur dengan jus hempedu dan pankreas.

Pembedahan batriatik direka untuk mengubah atau mengganggu proses pencernaan ini agar makanan tidak dipecahkan dan tidak diserap dengan cara yang biasa.

Pengurangan jumlah nutrien dan kalori yang diserap membolehkan pesakit kehilangan berat badan serta mengurangkan risiko atau gangguan kesihatan berkaitan dengan obesiti.

Siapa yang perlukan pembedahan batriatik?

pembedahan bariatrik kuruskan badan 854

Secara amnya, seseorang itu boleh memilih untuk melakukan pembedahan bariatrik sekiranya:

  1. Indeks jisim badan (BMI) anda adalah 40 atau lebih tinggi (obesiti melampau) 
  2. BMI anda di antara 35 and 39.9 (obesiti), dan anda mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan berat badan, seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi atau gangguan tidur yang teruk.

Dalam beberapa kes, anda mungkin memenuhi syarat untuk jenis pembedahan penurunan berat badan tertentu jika BMI anda adalah 30 hingga 34 dan anda mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan berat badan.

Walaupun begitu, pembedahan bariatrik bukanlah untuk semua orang yang mempunyai berat badan berlebihan.

Anda mungkin perlu memenuhi garis panduan perubatan tertentu untuk layak menjalani pembedahan penurunan berat badan. Anda mungkin perlu menjalani proses penyaringan untuk menentukan kelayakan anda.

Malah, anda juga mesti bersedia membuat perubahan tetap untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Jenis-jenis pembedahan batriatik

jenis jenis pembedahan bariatrik

Terdapat beberapa jenis pembedahan batriatik yang tersedia pada hari ini.

Pembedahan boleh dilakukan menggunakan pendekatan "buka", yang melibatkan memotong perut, atau melalui laparoskopi, di mana tiub nipis iaitu laparoskop dimasukkan ke dalam perut melalui hirisan sekecil mungkin.

Pada hari ini, sebahagian besar pembedahan batriatik adalah dengan cara laparoskopi kerana memerlukan hirisan yang luas, menyebabkan kerosakan tisu yang agak minimum, mengurangkan kesakitan selepas pembedahan dan membolehkan pesakit keluar dari hospital lebih awal.

Empat jenis pembedahan yang ditawarkan:

  1. Jalur gastrik boleh laras (AGB) - Melibatkan pemasangan tali silikon di sekitar bahagian atas perut untuk mengurangkan ukuran perut dan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Pintasan gastrik Roux-en-Y (RYGB) - Pembedahan ini mewujudkan kantung kecil dari perut dan menghubungkan kantung baharu ini secara terus dengan usus kecil. 
  3. Gastrektomi Lengan Laparoskopik (VSG) - Prosedur di mana perut dikurangkan menjadi kira-kira 15% dari ukuran asalnya, sekaligus mengehadkan jumlah makanan yang boleh anda makan.
  4. Pengalihan Biliopancreatic dengan suis duodenum (BPD-DS) - Prosedur yang paling jarang dilakukan, yang memerlukan dua langkah utama. Langkah pertama adalah melakukan prosedur VSG yang menjadikan perut berbentuk tiub yang lebih kecil, seperti pisang. dengan pisang. Walau bagaimanapun, injap yang melepaskan makanan ke usus kecil (injap pilorik) kekal, bersama-sama bahagian usus kecil yang biasanya bersambung ke perut (duodenum). Langkah kedua memintas sebahagian besar usus dengan menghubungkan bahagian akhir usus ke duodenum berhampiran perut. Pembedahan ini mengehadkan berapa banyak yang anda boleh makan dan mengurangkan penyerapan nutrien, termasuk protein dan lemak.

Setiap jenis pembedahan di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan serta pelbagai faktor pesakit mempengaruhi prosedur mana yang dipilih termasuklah BMI, tabiat makan, masalah kesihatan yang berkaitan dengan kegemukan, dan jumlah pembedahan perut sebelumnya.

Adakah pembedahan batriatik selamat?

hasil pembedahan bariatrik

Walaupun mana-mana prosedur pembedahan mempunyai risiko, namun pembedahan bariatrik didapati merupakan salah satu pembedahan paling selamat untuk dilakukan.

Ia dianggap selamat atau lebih selamat, jika dibandingkan dengan pembedahan elektif yang lain.

Namun, ia tetap mempunyai risiko di mana dianggarkan bahawa risiko mati sejurus selepas pembedahan bariatrik adalah sekitar 1 dari 200, atau 0.5%.

Pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik perlu mematuhi gaya pemakanan dan jadual senaman yang ketat sepanjang hayat untuk mencegah komplikasi serta untuk mengelakkan kenaikan berat badan setelah pembedahan.

Di samping itu, pesakit boleh mengalami masalah lebihan kulit dan berlipat, yang memerlukan pembedahan lanjut untuk membuang dan mengetatkan kulit. 

Bagi semua jenis pembedahan batriatik, ia dikaitkan dengan risiko termasuk pendarahan dalaman, trombosis urat dalam, jangkitan, dan embolisme paru (pembekuan darah di paru-paru).

Adakah ini boleh diterbalikkan?

perut manusia 282

Walaupun sebahagian besar pembedahan penurunan berat badan ini dapat memberikan hasil yang positif, namun ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk sehinggakan pesakit ingin menterbalikkan pembedanan ini dan kembali seperti dahulu.

  1. Jalur gastrik boleh laras (AGB) - Walaupun pesakit boleh menjalani pembedahan tambahan untuk menyesuaikan atau mengubah semula jalur, ia boleh kekal untuk tempoh yang lama sehingga pesakit cukup yakin dapat menurunkan berat badan tanpa bantuan jalur ini. Namun, membuang jalur ini mempunyai risiko berbahaya kerana ia meninggalkan bekas luka yang meningkatkan kemungkinan kebocoran.
  2. Pintasan gastrik Roux-en-Y (RYGB) - Pintasan gastrik mungkin boleh diterbalikkan tetapi memerlukan banyak pembedahan kompleks yang sukar dilakukan. Kadang-kala ia dianggap tidak dapat dipulihkan kerana mengurangkan ukuran perut, mengatur semula sistem pencernaan, dan menyebabkan banyak perubahan pada hormon usus.
  3. Gastrektomi Lengan Laparoskopik (VSG) - Oleh kerana prosedur pembedahan agresif ini mengurangkan sebahagian besar perut pesakit, ini menjadikannya sukar untuk diterbalikkan kerana bahagian yang hilang tidak dapat dipasang kembali ke tempat asalnya. Walaupun pembedahan ini memberikan hasil positif kepada pesakit, namun ia tidak boleh diterbalikkan.
  4. Pengalihan Biliopancreatic dengan suis duodenum (BPD-DS) - Kerumitan prosedur ini menjadikannya tidak dapat diterbalikkan disebabkan oleh pintasan duodenum separa dan kehilangan sebahagian besar daripada sistem pencernaan. 

Rujukan:

1. Mayo Clinic

2. Weight Loss and Wellness Center

3. Medical News Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)