Oleh pada 29 Jan 2019 kategori

Untuk menjadi seorang ahli bina badan profesional yang berjaya, ia memerlukan kerja keras, pengorbanan, disiplin dan kesabaran yang tinggi.

Segalanya harus dilakukan dengan konsisten dan berterusan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Bermula dari latihan, pemakanan, rehat sehinggalah kepada pengambilan makanan tambahan dan steroid, semuanya harus dilakukan secara berterusan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini bukanlah sesuatu yang mudah dan oleh itu, tak ramai yang mampu mengecapinya.

Namun, apabila semua ini terhenti secara drastik, tubuh badan juga akan memperlihatkan kemerosotan yang mendadak.

iluminasi.com kongsikan 5 ahli bina badan yang mengalami penyusutan tubuh badan selepas bersara.

1. Tom Prince

tom prince

Ahli bina badan pertama dalam senarai ini adalah Tom Prince. Tom Prince merupakan seorang ahli bina badan yang bersaiz besar dengan berat melebihi 136 kilogram ketika offseason.

Dan ketika beliau bersara daripada dunia bina badan pada tahun 2003 akibat kegagalan buah pinggang, Tom masih mempunyai tubuh badan yang menakjubkan.

Walaupun sesetengah daripada ahli bina badan dalam senarai ini mengambil masa beberapa tahun untuk tubuh badan mereka melihatkan penyusutan yang ketara dan kehilangan jisim otot, namun transformasi Tom Prince adalah serta merta kerana masalah kesihatan.

tom prince kini

(Tom Prince kini)

Disebabkan beliau tidak lagi mengambil steroid, berhenti berlatih dan makan seperti seorang ahli bina badan, tubuh badan Tom tidak lagi mampu memiliki otot seperti mana dahulu.

Maka, tranformasi beliau sangat ketara dan berlaku dalam sekelip mata. Ia sudah tentu satu peringatan yang baik tentang risiko yang dikaitkan dengan bina badan profesional.

2. Craig Titus

craig titus

Craig Titus merupakan seorang ahli bina badan profesional sepanjang penhujung tahun 1990-an dan awal tahun 2000an.

Pertandingan bina badan terakhir yang disertai Craig adalah pada Ironman Pro 2005 di mana beliau mendapat tempat ke-5.

Dan kemudian pada tahun yang sama, Craig terbabit dalam kes kematian Melissa James. Perbicaraan ke ini berlangsung dari tahun 2005 hingga 2006, dan akhirnya beliau mengaku bersalah lalu dijatuhkan hukuman penjara 21 hingga 55 tahun.

craig titus ketika perbicaraan 444

(Craig Titus ketika perbicaraan)

Ini merupakan kes persaraan dari dunia bina badan secara paksa dan berlaku dengan begitu pantas.

Di dalam penjara, Craig tidak mempunyai akses kepada dadah steroid atau jumlah makanan yang diperlukan sebagai seorang ahli bina badan profesional untuk mengekalkan bentuk badannya.

Hasilnya, transformasi badan Craig berubah dengan begitu drastik. 

3. Mustafa Muhammad

mustafa muhammad

Mustafa Muhammad juga merupakan antara salah seorang ahli bina badan dengan tubuh badan yang tersangat tebal, dibandingkan dengan Branch Warrant.

Tetapi beliau mengalami masalah untuk menjadikan tubuh badannya kelihatan lebih "ketat" dan "kering", mungkin kerana terlalu besar.

Akan tetapi, beliau masih berjaya menjadi juara dalam Mr.Universe, top 10 Mr.Olympia dan top 10 Arnold Classic.

mustafa muhammad pada tahun 2009

(Mustafa Muhammad pada tahun 2009)

Beliau bertanding dari awal tahun 2000an sehingga pertengahan 2000an, dan akhirnya bersara pada tahun 2006.

Dipercayai masalah yang dihadapi oleh Mustafa adalah berkenaan dengan buah pinggang dan hati yang memaksanya untuk bersara.

Dan apabila seseorang mengalami kedua-dua masalah organ ini, maka kehidupan sebagai seorang ahli bina badan juga akan lenyap.

4. Paul Dillet

paul dillet

Paul Dillet merupakan antara ahli bina badan dengan tubuh badan paling besar dalam senarai ini.

Beliau berketinggian 188 sentimeter dengan berat 150 kilogram ketika offseason dan 129 kilogram di atas pentas.

Beliau bertanding secara profesional dari tahun 1990an sehingga tahun 2006. Paul merupakan ahli bina badan yang agak berjaya kerana pernah mendapat tempat ke-6 dalam Mr.Olympia dan ke-4 dalam Arnold Classic.

Paul Dillet mengalami sedikit masalah kesihatan pada tahun 1994 ketika pertandingan Arnold Classic di mana beliau terpaksa diangkut turun daripada pentas disebabkan oleh dehidrasi dan kekejangan.

paul dillet selepas persaraan

(Paul Dillet selepas persaraan)

Namun, ini bukanlah penyebab persaraan beliau. 

Paul tidak bersara disebabkan oleh masalah kesihatan dan terus bertanding sepanjang 10 tahun kemudian.

Dan apabila beliau akhirnya bersara, Paul memulakan organisasi bina badan sendiri yang dikenali sebagai World Beauty Fitness & Fashion (WBFF).

Dengan ini, beliau kelihatan dengan sukarela berundur daripada kehidupan bina badan secara sepenuhnya.

Kini, tubuh badan Paul kelihatan seperti kebanyakan orang yang mana merupakan satu transformasi yang sangat ketara.

5. Ronnie Coleman

ronnie coleman 2

Dan ahli bina badan terakhir dalam senarai ini adalah yang paling terkenal, iaitu Ronnie Coleman.

Beliau adalah ahli bina badan legenda dalam senarai ini, memenangi gelaran Mr.Olympia sebanyak 8 kali, yang terbanyak sehingga kini dan berkongsi rekod ini dengan Lee Haney.

Walaupun Ronnie merupakan antara ahli bina badan yang paling berjaya dalam dunia sukan ini, beliau hanya mampu meraih kejayaan ini dengan risiko yang tinggi.

Ronnie berlatih dengan begitu kuat dan keterlaluan yang membawa kepada pelbagai kecederaan, pembedahan dan sehinggakan membuatkan beliau tidak lagi mampu berjalan. 

ronnie coleman atas kerusi roda

(Ronnie Coleman atas kerusi roda)

Jadi, bukan sahaja tubuh badannya merosot disebabkan tidak lagi boleh berlatih seperti mana satu ketika dahulu, malah kualiti hidup beliau juga turut terkesan selepas perasaraannya. 

Ronnie Coleman terus bertanding dalam Mr.Olympia sehingga tahun 2007 di mana beliau mendapat tempat ke-4 dan kemudian memutuskan untuk bersara.

Selepas persaraan, tubuh badan Ronnie tidak merosot dengan begitu pantas seperti yang lain dan masih dalam keadaan baik, namun tidak sehebat zaman kegemilangannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)