Tahukah anda ketika ini tanah dan daratan yang anda pijak sekarang ini sedang bergerak? Ini disebabkan oleh kesemua 7 benua berada di atas plat tektonik yang terbahagi oleh kerak bumi.

Sudah tentu anda tak akan menyedari pergerakan ini kerana plat-plat ini terapung di atas batu yang lebur dan bergerak pada kelajuan yang sangat perlahan iaitu seperti kuku anda tumbuh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun sangat perlahan, namun selepas beratus juta tahun, ia menjadi sangat berbeza.

pergerakan plat tektonik 697

Dalam sejarah Bumi yang berusia 4.5 bilion tahun, benua-benua telah berubah bentuk dan rupa beberapa kali. Kadang-kala benua-benua ini bergabung bersama di dalam perlanggaran yang deras, dan kadang kala terpisah.

Supercontinent dikenali sebagai Pangea

Dan ketika ini, benua-benua sedang bergerak perlahan-lahan menghampiri satu lagi perlanggaran.

Bagaimana jika satu hari nanti ia dipercepatkan dan kesemua benua ini bergabung menjadi "supercontinent" yang dikenali sebagai Pangea, sekali lagi?

Adakah kita akan mempunyai jiran negara yang baru? Yang pastinya, dunia akan menjadi sangat berbeza seperti yang kita alami sekarang.

baacc3aa d0c6 45a9 9131 5899b6d260eb

Jika plat-plat bertembung ke arah yang pergerakan sekarang yang berlaku ketika ini, penerbangan dari Australia ke Asia akan menjadi tersangat murah.

Australia bertembung dengan Asia

Oleh kerana Australia akan bertembung dengan Jepun, Korea dan China, kedua-dua benua ini tak akan lagi dipisahkan oleh Lautan Atlantik.

Dan jika anda gemar berjalan kaki, anda boleh berjalan dari Australia yang panas ke benua paling sejuk di dunia iaitu Antartika.

Amerika Utara akan bertembung dengan Afrika Barat. Penduduk di New York mungkin akan bangun pagi suatu hari nanti dan menyedari bahawa singa Namibia berlegar-legar di bandar mereka.

australia menghampiri jepun

Bahagian utara Afrika akan berlanggar dengan benua Eropah, dan ini akan menghasilkan banjaran gunung berskala Himalaya yang baru di sempadan plat tektonik kedua-dua benua.

Kesan buruk penggabungan semula benua

Sesetengah perubahan ini mungkin kedengaran seperti menyeronokkan, namun pastinya ada kesan buruk yang berlaku. Bahagian timur benua Amerika bersama-sama Eropah Barat dan Afrika akan berubah menjadi zon bahaya gempa bumi.

Malah, kawasan-kawasan ini akan musnah disebabkan oleh letusan gunung berapi yang baru terbentuk.

Lembah Appalachian akan berubah menjadi di Amerika Utara akan menjadi gunung gergasi yang dilitupi salji dan mencurahkan lava dan abu.

letupan gunung berapi

Pangea baru ini akan menjadi gersang dan panas kerana awan hujan kehilangan kelembapannya sebelum sampai ke kasan yang terlalu jauh ke pedalaman.

Supercontinent ini akan berpusat di khatulistiwa. Kepelbagaian hidupan liar akan merosot kerana tak semua spesis mampu hidup dalam cuaca yang panas. 

Namun tak seperti gabungan benua yang berlaku sebelum ini, penyatuan semula ini tak akan kekal selama-lamanya. Sekurang-kurangnya, tak lebih daripada 50 juta tahun.

Letusan gunung berapi akan memuntahkan lava dan gas dalam jumlah yang tersangat banyak ditambah pula dengan gempa bumi, wilayah baru yang terbentuk akan berada dalam kemusnahan. 

pangea ultima

Dikacau oleh arus panas di bawah, supercontinent ini akan pecah kepada benua-benua yang lebih kecil dan membawa haluan masing-masing.

Berjiran dengan Australia mungkin kelihatan menarik bagi anda, malangnya ia tak akan berlaku dalam masa terdekat. Tapi anda sentiasa boleh bayangkan bagaimana dunia akan kelihatan jika kesemua benua-benua ini bergabung semula.

Dalam masa 300 juta tahun lagi, dan anda, atau mungkin keturunan anda akan dapat melihat supercontinent ini, jika kiamat belum berlaku. 

Ahli geologi sudah memberikan nama kepadanya, iaitu Pangea Ultima.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)