Oleh pada 13 Aug 2018 kategori

Menjelang pertengahan abad ke-19, beberapa orang saintis yang menyelidik bukti telah memutuskan bahawa terdapat sebuah benua yang telah hilang di Lautan Hindi dan diberikan nama "Lemuria".

Dan di benua ini, sesetengah berpendapat bahawa ia dahulunya didiami oleh kaum manusia yang kini sudah pupus dikenali sebagai "Lemurian".

Lemurian digambarkan mempunyai 4 tangan dan bertubuh besar, serta nenek moyang kepada manusia moden.

BESARKAN TEKS     A-  A+

walaupun bunyinya seperti tak masuk akal, idea ini sangat popular pada satu masa dan dalam beberapa sudut komuniti saintifik. Namun sains moden telah lama menolak idea Lemuria ini.

Akan tetapi, pada tahun 2013, ahli geologi menemukan bukti tentang sebuah benua yang hilang tepat di mana lokasi Lemuria yang dikatakan telah wujud membuatkan teori-teori lama timbul semula.

Mula popular pada tahun 1864

Teori Lemuria mula menjadi popular pada tahun 1864 apabila peguam dan ahli zoo British, Phillip Lutley Scalter mengeluarkan penulisan bertajuk "The Mammals of Madagascar" dan diterbitkan di dalam The Quarterly Journal of Science.

lemuria

Phillip memerhatikan bahawa terdapat lebih banyak spesis lemur di Madagascar berbanding di Afrika atau India dan dengan itu mendakwa bahawa Madagascar adalah tanah air asal haiwan itu.

Malah, beliau mencadangkan bahawa apa yang membolehkan lemur ini untuk berhijrah ke India dan Afrika daripada Madagascar satu ketika dahulu adalah sebuah tanah yang luas terbentang di selatan Lautan Hindi berbentuk segitiga.

Benua tersebut adalah Lemuria, menurut Phillip, yang menyentuh titik selatan India, selatan Afrika dan barat Australia, yang akhirnya tenggelam ke dasar laut.

Teori ini timbul pada ketika ilmu evolusi berada di peringkat awal, pengertian benua hanyut tidak diterima secara meluas dan ramai saintis terkemuka menggunakan teori "jambatan daratan" untuk menerangkan bagaimana pelbagai haiwan pernah berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

philip lutley sclater dan ernst haeckel

(Philip Lutley Sclater dan Ernst Haeckel)

Teori yang sama seperti teori Phillip telah dicadangkan oleh naturalis Perancis, Étienne Geoffroy Saint-Hilaire dua dekad sebelumnya.

Jadi, teori ini mendapat sedikit perhatian daripada orang ramai. Tak lama kemudian, saintis dan penulis terkemuka yang lain menerima teori Lemuria.

Pada tahun 1860-an, ahli biologi Ernst Haeckel mula menerbitkan karya yang mendakwa bahawa Lemuria adalah tanah yang membolehkan manusia pertama kali berhijrah dari Asia ke Afrika.

Dengan bantuan daripada Ernst Haeckel, teori-teori Lemuria bertahan sepanjang tahun 1800-an dan ke awal 1900-an.

Bertentangan dengan penemuan moden

Namun, ini sebelum ahli seismologi moden memahami bagaimana tektonik plat memindahkan benua (yang satu ketika dahulu pernah bercantum) menjadi jauh dari satu sama lain, kepada bentuk yang kita lihat sekarang.

Tanpa pengetahuan sedemikian, ramai yang terus mempercayai bahawa Lemuria ini wujud, terutamanya setelah penulis Rusia, Elena Blavatskaja menerbitkan "The Science Doctrine" pada tahun 1888.

lukisan peta lemuria dipercayai oleh ernst haeckel 917

Buku ini mencadangkan idea bahawa satu ketika dahulu terdapat 7 bangsa manusia purba dan Lemuria adalah salah satu daripadanya.

Bangsa yang berketinggian 4.5 meter, memiliki 4 tangan dan bertubuh besar hidup bersama-sama dinosaur, kata Elena. Teori lain pula mengatakan bahawa bangsa Lemurian ini berubah menjadi haiwan lemur yang ada pada hari ini.

Selepas itu, teori Lemuria digunakan untuk dihasilkan novel, filem dan buku-buku komik menjelang tahun 1940-an. Ramai tertanyatanya dari mana penulis dan pembuat filem mendapat idea-idea ini.

Jawapannya adalah mereka mendapat idea daripada saintis-saintis dan penulis-penulis 75 tahun sebelumnya.

novel berasaskan teori lemuria

Dipercepatkan ke tahun 2013, sebarang teori saintifik mengenai benua yang hilang dan jambatan darat yang bertanggungjawab terhadap penghijrahan lemur telah lenyap.

Walaubagaimanapun, ahli geologi kini telah menemui bekas benua yang hilang di Lautan Hindi. Para saintis menemui serpihan granit di lautan di selatan India, sepanjang dasar luut yang memanjang beratus-ratus kilometer selatan menghala ke Mauritius.

Di Mauritius, ahli geologi menemui zirkon walaupun pada hakitkanya pulau itu hanya wujud 2 juta tahun disebabkan oleh plat tektonik dan gunung berapi, perlahan-lahan naik dari Lautan Hindi sebagai pulau kecil.

Ini bercanggah dengan penemuan zirkon yang berusia 3 bilion tahun, sebelum pulau tersebut terbentuk.

mauritius 370

Apa yang dimaksudkan dengan penemuan ini adalah, para saintis mencadangkan bahawa zirkon ini berasal dari daratan yang jauh lebih lama yang telah tenggelam ke Lautan Hindi.

Cerita Phillip Scalter mengenai Lemuria hampir-hampir benar. Ahli geologi tidak menamakan penemunan ini sebagai Lemuria, tetapi sebagai Mauritia.

Berdasarkan plat tektonik dan data geologi, Mauritia hilang ke dalam Lautan Hindi sekitar 84 juta tahun yang lalu, ketika Bumi ini masih belum berubah menjadi bentuk yang dimiliki hari ini.

Penghijrahan lemur

lemur

Dan walaupun ini hampir sama dengan apa yang didakwa Phillip, bukti terbaru membuatkan idea bangsa Lemurian yang berubah kepada haiwan lemur juga lenyap.

Mauritia hilang 84 juta tahun yang lalu, tetapi lemur tidak berpindah ke Madagascar sehinggalah 54 juta tahun yang lalu. Dikatakan bahawa haiwan ini berenang dari tanah besar Afrika.

Agak menakjubkan apabila sebahagian daripada dakwaan Phillip Scalter dan beberapa saintis yang lain pada pertengahan tahun 1800-an tentang Lemuria adalah benar walaupun dengan pengetahuan terhad.

Benua yang hilang tidak secara tiba-tiba tenggelam ke Lautan Hindi dan hilang tanpa jejak. Namun, lama dahulu, ada sesuatu di sana, sesuatu yang kini hilang selama-lamanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)