Pernah tak anda terfikir bagaimana jika perubahan iklim melonjak dengan begitu dramatik yang mana mencairkan semua ais di muka Bumi dalam satu malam sahaja? Adakah anda akan bangun keesokan harinya mendapati anda berada dalam banjir?

Adakah Malaysia juga akan tenggelam? Jika perkara ini benar-benar terjadi, dunia akan mengalami kesan yang menghancurkan. iluminasi.com ingin kongsikan apa yang akan berlaku kepada dunia jika semua ais yang wujud ketika ini cair serta-merta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Teori ais cair

ini apa yang mungkin berlaku jika semua ais di bumi cair semalaman 2

Pernah tak anda melihat ketulan ais cair di dalam gelas berisi air sehingga menjadi melimpah? Bagaimana ia mengubah paras air?

Sebenarnya, ia tidak mengubah paras air. Sama ada ia berada di bawah atau atas garisan air, kiub ais yang cair akan menggantikan jumlah air yang sama menjadikan paras air kekal di tahap yang sama sebelum ia cair.

ini apa yang mungkin berlaku jika semua ais di bumi cair semalaman 4

Sekarang, cuba tambahkan garam ke dalam campuran tersebut (menjadi seperti air laut). Dalam kes ketulan ais bersaiz 1 inci padu, paras air dalam gelas tadi akan meningkat sebanyak 0.03 inci padu. Peningkatan itu menggantikan air masin. 

Jumlah tersebut adalah hampir 3% peningkatan, yang mungkin anda rasa seperti perubahan yang sangat kecil. Namun, cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika semua  ia berlaku kepada glasier dan ais-ais yang ada?

Sebahagian kawasan Bumi akan tenggelam

ini apa yang mungkin berlaku jika semua ais di bumi cair semalaman 3

Seluas 15 juta kilometer kawasan di Bumi ditutupi dengan ais dan jika semua ais cair dalam semalaman, paras laut global akan meningkat sekitar 70 meter dari paras laut.

Jumlah ini bukan sahaja akan meranapkan rumah kita, tetapi juga cukup untuk menenggelamkan Tower of London dan juga kesemua bangunan setinggi 20 tingkat di Malaysia.

Malah, sebahagian daripada kesemua tujuh benuh di atas planet ini akan berada di bawah air. Tak akan ada lagi Miami atau London. Pantai di Australia akan hancur musnah bersama-sama 80% daripada populasinya.

ini apa yang mungkin berlaku jika semua ais di bumi cair semalaman 7

Perkara sama akan berlaku kepada Venice dan Belanda, serta Malaysia. Namun, kesan terhadap Afrika tidak seburuk kawasan lain di dunia.

Namun, dengan berlakunya gelombang haba yang melampau disebabkan pencairan ais-ais ini, sebahagian besar daripada benua ini tidak lagi dapat didiami.

Tahap karbon dioksida melonjak naik

ini apa yang mungkin berlaku jika semua ais di bumi cair semalaman 0

Mungkin anda terfikir adakan kebanjiran ini akan melenyapkan umat manusia sepenuhnya? Jawapannya mungkin bukan semua. Namun bagi yang masih selamat, mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran dan bahaya.

Kesemua ais yang cair ini akan melepaskan gas karbon dioksida ke udara disebabkan oleh ais memerlukan kepekatan CO2 yang tinggi untuk proses pencairan berlaku.

Dan memandangkan jumlah kandungan oksigen di atmosfera masih akan kekal sama, kita akan secara perlahan-lahan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Dunia mengalami kebuluran global

ini apa yang mungkin berlaku jika semua ais di bumi cair semalaman 6

Dengan ini anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk menyesuaikan diri dengan dunia yang baru. Arus laut akan mengalami perubahan yang memberi kesan kepada hidupan laut.

Disebabkan tidak mempunyai banyak masa untuk berubah mengikut perubahan yang sangat pantas dan melampau ini, hidupan laut dan haiwan kutub akan berhadapan dengan kepupusan besar-besaran.

Manusia yang masih hidup pula terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka untuk mencari tempat yang lebih selamat untuk meneruskan hidup, menyebabkan berlakunya kemerosotan bekalan makanan manusia.

Perubahan arus laut juga akan mencetuskan perubahan cuaca yang sangat mendadak. Hujan lebat akan membasahi padang pasir dan kawasan yang mempunyai jumlah hujan yang tinggi akan menjadi kering. 

Ini memberi kesan buruk kepada pertanian sekaligus mengakibatkan kebuluran global. Selain itu, corak angin juga akan mengalami perubahan. 

Tsunami mudah berlaku dan akhirnya dunia musnah

ini apa yang mungkin berlaku jika semua ais di bumi cair semalaman 1

Perubahan arus laut juga bermakna perubahan cuaca yang dramatik. Hujan lebat akan melanda padang pasir, dan kawasan yang mempunyai hujan yang ketara akan menjadi kering. Ini akan menghancurkan pertanian, dan menyebabkan kebuluran global. Corak angin akan berubah juga.

Dengan tiada lagi kewujudan ais untuk memantulkan sinaran matahari, matahari akan menyerap lebih banyak lembapan dari lautan yang akan membentuk lebih banyak awan di langit.

Awan pula akan berkumpul terlebih dahulu berdekatan kawasan gunung dan akhirnya hujan akan membanjiri kawasan tersebut. Ribut laut akan berlaku dengan lebih kerap menyebabkan banjir yang lebih teruk.

ini apa yang mungkin berlaku jika semua ais di bumi cair semalaman 5 465

Malah, jika berlakunya gempa bumi yang paling kecil di pantai, ia sudah mampu menghancurkan kawasan sekitar dengan berlakunya tsunami dahsyat.

Semua ini akan memaksa perpindahan manusia secara global yang mana tidak ada kerajaan manusia di atas muka bumi ini mampu menguruskannya.

Dunia yang kita diami sekarang, akan hancur seluruhnya. Namun, nasib baiklah kesemua ais ini secara logiknya, tidak boleh cair dalam masa semalaman.

Namun, ia sedang cair ketika anda membaca artikel ini, termasuklah teras ais yang paling tua di dunia yang sudah biasa dengan iklim Bumi untuk 1.5 juta tahun.

Jika kita masih tidak berubah dan terus mencurahkan minyak ke dalam api iaitu perubahan iklim dunia, dalam masa 5,000 tahun, Bumi tidak lagi akan mempunyai ais.

Rujukan:

1. INSH

2. Nat Geo

3. Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)