doktor mata rabak tidak cukup tidur syif panjang

Secara purata, doktor Amerika Syarikat bekerja hampir 60 jam seminggu. Doktor yang lebih muda biasanya bekerja sehingga 80 jam dan sering berhadapan dengan syif 24 hingga 30 jam yang meletihkan.

Sekali pandang, ia seperti bencana yang tidak dapat dielakkan di mana menjadi seorang doktor sangatlah tertekan, kerja yang mempunyai tuntutan tinggi dan bertugas dalam keadaan kekurangan tidur kelihatan seperti boleh membahayakan nyawa pesakit.

Namun, terdapat sebab yang meyakinkan mengapa doktor lebih memilih untuk terus bekerja daripada menyerahkan pesakit mereka kepada doktor lain, iaitu ia dapat menyelamatkan nyawa.

Kurangkan jam bekerja tidak bermakna kesilapan berkurang

doktor keletihan

Ternyata, mengurangkan jumlah jam bekerja untuk para doktor tidak semestinya mengurangkan berlakunya kesilapan perubatan yang serius.

Pada tahun 1984, seorang wanita berusia 18 tahun bernama Libby Zion meninggal dunia setelah dimasukkan ke hospital akibat demam panas.

Bapanya, Sidney Zion, mengetahui bahawa doktor yang merawat Libby telah bertugas hampir 24 jam pada masa itu dan menyaman hospital berkenaan.

Publisiti dari kejadian ini membawa kepada pembaharuan yang mengurangkan jumlah tempoh bertugas doktor di seluruh Amerika Syarikat.

Dan apa yang menghairankan adalah pembaharuan tersebut tidak dapat mengurangkan berlakunya kesilapan perubatan.

Kajian pada tahun 2014 dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati bahawa walaupun syif oleh doktor dalam latihan telah dikurangkan hampir separuh dalam kebanyakan kes, tidak ada perbezaan yang ketara antara bilangan kesilapan yang dilakukan oleh doktor yang sudah berehat dan bilangan kesilapan yang berlaku sebelum peraturan syif dilaksanakan.

Tetapi hakikatnya adalah kekurangan tidur boleh menghasilkan kesan yang sama dengan mabuk alkohol dan doktor di seluruh dunia mahu menghapuskan kesilapan perubatan tanpa mengira puncanya.

Sehingga tahun 2019, percubaan masih dijalankan untuk mengenal pasti hubungan yang ideal antara jumlah jam kerja, dasar syif dan dasar tidur bersama dengan komitmen peribadi untuk mengamalkan tabiat tidur yang baik.

Hand-Off pesakit cetuskan risiko bahaya

proses handoff pesakit

Salah satu sebab utama untuk ini adalah risiko yang dibawa oleh penukaran doktor pesakit.

Rutin ini dikenali sebagai "patient handoff" dalam profesion perubatan. Handoffs memerlukan banyak komunikasi yang jelas mengenai setiap perincian mengenai keadaan pesakit, prognosis dan rawatan.

Apabila didarabkan dengan jumlah pesakit yang biasanya di bawah penjagaan doktor, ia pasti dijamin bahawa butiran-butiran pesakit akan hilang tanpa kaedah yang kukuh dan teratur untuk menyampaikannya.

Sehingga 80% kesilapan perubatan yang serius dikesan adalah berasal daripada salah faham ketika handoff ini.

Pada masa pembaharuan yang berlaku ketika kes Libby Zion, tidak ada protokol yang standard untuk handoff pesakit yang dilakukan, jadi doktor terpaksa mengembangkan cara-cara diperlukan untuk menerangkan keadaan dan prognosis pelbagai pesakit.

doktor kerja lebih daripada 24 jam sehari 381

Doktor yang kurang tidur yang mempunyai pengalaman sendiri bekerja dengan pesakit tertentu kurang berkemungkinan untuk melakukan kesilapan serius, berbanding doktor yang cukup tidur dan segar yang tidak pernah diberitahu mengenai alahan pesakit atau faktor lain yang rumit.

Hari ini, pihak hospital biasanya menguatkuasakan prosedur handoff yang ketat dan melaksanakan strategi penangguhan keletihan mereka sendiri, yang boleh merangkumi jadual tidur terancang, penggunaan kafein secara strategik dan melibatkan kakitangan apabila merekabentuk jadual kerja.

Komunikasi teratur kurangkan kesilapan perubatan

doktor kerjaya mulia

Menurut laporan CNBC 2018, kesilapan perubatan mewakili penyebab kematian ketiga tertinggi di Amerika Syarikat, di belakang kanser dan penyakit jantung.

Kesalahan ini sering menyebabkan penyebab yang rumit dan manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Latihan yang tidak mencukupi, komplikasi perubatan yang tidak didiagnosis dan masalah teknologi dapat mencetuskan peristiwa yang merugikan pesakit.

Kekurangan tidur juga boleh memainkan peranan utama, tetapi berdasarkan maklumat yang ada, kesukaran doktor untuk mengakses data perubatan pesakit dari doktor lain dan pihak ketiga (keluarga) merangkumi ancaman yang lebih besar dalam era di mana data pesakit secara harfiahnya bermakna perbezaan antara kehidupan dan kematian.

Rujukan:

1. Joint Comission

2. Journal of the American Medical Association

3. Jama Network


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)