agama penting dalam kehidupan manusia

Satu kajian oleh Harvard baru-baru ini mendedahkan bahawa anak-anak yang diberikan pendidikan agama lebih cenderung untuk sihat dan mempunyai tahap kesejahteraan yang lebih tinggi ketika di awal zaman dewasa, berbanding mereka yang tidak.

Kajian yang dijalankan oleh Harvard T.H. Chan Sekolah Kesihatan Awam yang didedahkan bulan lepas, menunjukkan hubungan antara pendidikan keagamaan dan kesihatan fizikal serta mental yang lebih baik pada orang dewasa muda.

Penyelidik mendapati bahawa orang yang menghadiri majlis keagamaan setiap minggu atau yang mengamalkan sembahyang atau meditasi setiap hari ketika zaman remaja dilaporkan melaporkan mempunyai kepuasan hidup yang lebih tinggi dan lebih positif di usia 20-an.

Mereka ini didapati kurang cenderung untuk terlibat dalam hal-hal seperti merokok, gejala kemurungan, dadah atau mempunyai jangkitan seksual berbanding orang yang kurang terlibat dalam amalan rohani.

"Penemuan ini penting untuk pemahaman kita terhadap kesihatan dan kefahaman kita tentang amalan keibubapaan. Ramai kanak-kanak dibesarkan dengan diberikan pendidikan agama dan kajian kami menunjukkan bahawa ini dapat mempengaruhi tingkah laku kesihatan, kesihatan mental dan kebahagiaan serta kesejahteraan secara keseluruhan," kata pengarang pertama Ying Chen dalam kenyataan akhbar Universiti Harvard.

agama harus diterapkan sejak kecil

Para penyelidik mnyelia 5,000 kanak-kanak dan remaja untuk tempoh 8 hingga 14 tahun, mengawal pembolehubah seperti kesihatan ibu, status sosioekonomi dan sejarah penyalahgunaan bahan terlarang atau simptom kemurungan.

Keputusan menunjukkan bahawa mereka yang hadir ke majlis keagamaan sekurang-kurangnya sekali seminggu ketika kanak-kanak lebih cenderung untuk mempunyai tahap kebahagian kira-kira 18% lebih tinggi sebagai orang dewasa di antara umur 23 dan 30 berbanding yang tidak.

Golongan ini juga terbukti menjadi 29% lebih cenderung untuk menjadi sukarelawan dalam komuniti tempatan dan 33% kurang berkemungkinan menyalahgunakan dadah.

Mereka yang bersembahyang atau bermeditasi sekurang-kurangnya sekali sehari ketika zaman remaja menunjukkan 16% lebih cenderung untuk mengalami tahap kebahagiaan yang lebih tinggi sebagai orang dewasa dan 30% kurang berkemungkinan menjadi aktif secara seksual ketika remaja.

kanak kanak belajar baca quran 656

Individu ini juga 40% kurang berkemungkinan mengidap jangkitan seksual berbanding mereka yang tidak pernah berdoa atau bermeditasi.

Emilie Kao, pengarah Pusat DeVos untuk Agama dan Masyarakat Awam di Yayasan The Heritage, mengatakan dia tidak terkejut dengan penemuan ini, dengan menyatakan bahawa kajian Harvard juga merupakan antara salah satu kajian menunjukkan hubungan positif antara agama dan kebajikan yang telah dilakukan sebelum ini.

"Saya fikir ia (kajian) konsisten dengan penyelidikan lain yang kita lihat menunjukkan bahawa kepercayaan agama memberi kekuatan rohani yang membawa kepada tabiat yang sihat dan membina rangkaian sosial serta memberikan mereka keupayaan untuk mengatasi halangan-halangan dalam hidup," kata Emilie Kao.

Walaupun kesan positif tentang membesar dalam keluarga yang menerapkan keagamaan adalah jelas, namun keagamaan di Amerika Syarikat semakin merosot, terutama di kalangan anak alaf baru.

kepentingan mengajar kanak kanak solat

Data Gallup menunjukkan bahawa jumlah rakyat Amerika beranggapan bahawa agama adalah "sangat penting" dalam kehidupan mereka adalah pada tahap rendah dalam tempoh 24 tahun, iaitu hanya 51%. 

Di samping itu, data dari Pusat Penyelidikan Pew memperlihatkan keagamaan di kalangan rakyat Amerika merosot secara konsisten selama 5 generasi yang lalu, dengan 36% daripada anak alaf baru yang lahir antara tahun 1990 dan 1996 yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana agama.

Sebaliknya, hanya 11% daripada mereka yang lahir antara tahun 1928 dan 1945 tidak mempunyai kaitan dengan sebarang agama.

mengajar anak agama adalahs satu kewajipan

Jon Cadle, seorang senior di George Washington University, berkata beliau merasakan penurunan itu adalah kerana golongan muda hari ini terlalu terganggu dan beliau menyatakan teknologi sebagai sumber masalah.

Hunter Wilson, seorang pelajar lain di George Washington University, bersetuju bahawa penurunan kepentingan agama di kalangan anak muda adalah hasil perubahan nilai antara generasi.

Hunter juga berkata bahawa antara sebab penurunan ini berlaku adalah kerana agama semakin kurang diajar dan diterapkan dirumah.

Kao memberi amaran bahawa penurunan ini dalam keagamaan boleh memacu tingkah laku yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan kemurungan.

Beliau juga menegaskan bahawa terdapat pengajaran untuk pembuat dasar undang-undang yang dapat dipelajari dari kajian yang menunjukkan pengaruh positif yang boleh diberikan dengan penerapan hidup beragama. 

Rujukan:

1. Stream

2. HSPS

3. Forbes


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)