Kredit foto: Instagram Aizat Amdan

Penyanyi Aizat Amdan mengagumi kualiti pelbagai aspek yang diterapkan dalam program realiti AF Megastar.

Jelas Aizat, walaupun dia tidak terlibat sebagai peserta, namun dia adalah penonton setia yang mengikuti daripada kaca televisyen di rumah.

ini peserta pilihan aizat amdan dalam af megastar 2

Kredit foto: Instagram Aizat Amdan

Meskipun tidak menyertai AF Megastar namun saya masih menonton konsert yang disiarkan itu melalui televisyen. Saya sangat terpegun dengan kualiti susunan muzik, pencahayaan dan tentunya persembahan daripada rakan-rakan yang terlibat.
Sumber: Astro Gempak

Aizat membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran Vlog dan muzik video Jangan Menangis yang berlangsung di Warner Music Malaysia, Damansara baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aizat berkata, dia amat meminati bakat yang dimiliki salah seorang peserta AF Megastar iaitu Bob.

Di kesempatan yang sama, Aizat mengambil peluang untuk memberikan kata-kata semangat agar Bob dapat membuat persembahan terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.

Malah, dia beranggapan bakat hebat Bob hanya memerlukan sebuah lagu yang berhantu untuk menaikkan semula namanya dalam industri hiburan.

ini peserta pilihan aizat amdan dalam af megastar 3

Kredit foto: Instagram Aizat Amdan

Jika ditanya siapakah peserta yang akan menjadi kegemaran saya, sudah semestinya Bob kerana dia mempunyai vokal yang memang hebat. Bagi saya, dia cuma perlukan sebuah lagu berhantu untuk menyerlah dalam industri kerana bakat yang ada pada Bob amat luar biasa. Jika ada rezeki saya ingin bekerja dengannya dan menghasilkan sebuah lagu yang boleh melonjakkan namanya semula dalam industri ini.
Sumber: Astro Gempak

Menerusi Konsert Keempat AF Megastar minggu hadapan, Bob bakal disaingi 9 lagi peserta lain iaitu Idayu, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Syamel, Sufi, Ewal, Marsha, Shahir dan Amir.

Konsert Ketiga yang berlangsung semalam menyaksikan penyingkiran Adira dan Azhar berdasarkan markah keseluruhan tercorot yang diperoleh.

AF Megastar ke udara secara langsung di saluran Astro Ria, jam 9 malam, setiap Ahad.




Hakcipta iluminasi.com (2017)