Oleh pada 14 Jun 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Netflix Malaysia

       

Perkhidmatan televisyen Internet, Netflix menawarkan drama bersiri terbaru 'Hierarchy' kepada penonton bermula 7 Jun 2024.

       

hierarchy tv series

Kredit foto: Instagram Netflix K-Content

       

Siri ini, yang berlatarbelakangkan sekolah fiksyen Jooshin High School di Seoul, adalah karya fiksyen dan tidak berdasarkan kepada novel atau kisah benar.

        

hierarchy kdrama

Kredit foto: Instagram Netflix Malaysia , Instagram Netflix K-Content

       

Diterbitkan di seluruh dunia menerusi Netflix, siri televisyen Korea Selatan bergenre romantik misteri ini termasuk dalam siri 'original' terbarunya.

Mengisahkan tentang seorang pelajar baharu berpindah ke sekolah paling berprestij di Korea Selatan dengan misi membongkar rahsia dan mencari keadilan, namun mendapati dirinya terjerat dalam jaringan cinta, kuasa dan dendam.

       

Sinopsis

Di Sekolah Tinggi Jooshin di Korea Selatan, yang terkenal dengan kualiti pendidikan eksklusif, hanya 0.01% pelajar teratas yang diterima.

Sekolah ini adalah tempat di mana pelajar dipilih sejak lahir. Cerita cinta, persahabatan dan dendam berkembang di kalangan mereka.

Kisah bermula apabila Kang Ha, pelajar baru di sana, menyimpan rahsia yang mampu menghancurkan sekolah tersebut. Sekolah ini bagaimanapun dikawal oleh para pelajar elit. Kedatangan Kang Ha seterusnya mencetuskan kekacauan. Dia dalam misi membalas dendam, berusaha membongkar skandal terbesar di sekolah itu.

        

drama hierarchy musim 1 korean television show episodes season 2 ending explained

Kredit foto: Instagram Netflix K-Content

       

Di institusi yang dipenuhi kekayaan, kuasa dan rahsia ini, Kang Ha juga bertemu cinta dan komplikasi.

Dengan hati berat, dia berusaha membongkar kebenaran di sebalik kematian In-han, seorang pelajar biasiswa yang meninggal dunia dalam kemalangan lalu. Kehidupannya bertambah rumit apabila dia menarik perhatian Jae-i, ratu sekolah, yang bersama kumpulan elit lain. Adakah Kang Ha akan berjaya dalam misinya sekaligus menemui cinta sejati di balik penyelesaian misteri itu?

       

Episod 1 - Newbie Party: Truth or Dare (58 minit)

Kang Ha mendaftar di Sekolah Tinggi Jooshin, namun ada beberapa orang yang mula tidak menyukainya. Dia menghadiri satu parti liar dan bermain permainan 'truth or dare'.

       

Episod 2 - Secret: Within a Secret (67 minit)

Selepas tindakan berani Kang Ha di parti tersebut, dia terpaksa berdepan dengan Kim Ri-an yang menyimpan dendam. Kang Ha dan Jung Jae-i menjadi lebih rapat semasa satu lawatan.

       

Episod 3 - Hierarchy: A League of Their Own (63 minit)

Ketika Jae-i dan Kang Ha muncul sebagai pasangan, Ri-an yang penuh dengan cemburu merancang taktiknya sendiri. Pada acara 'Malam Ibu Bapa' yang meriah, hadirin terkejut dengan tindakan Yoon He-ra.

        

Episod 4 - Revenge, Desire, Romance: The Heart of the Matter (61 minit)

He-ra menanam rasa syak wasangka dalam fikiran Kang Ha mengenai Jae-i. Ketika Jae-i berterusan diancam oleh seseorang yang misteri, dia menghilang dari sekolah.

        

Episod 5 - Outstanding Outsiders: The Kangs (64 minit)

Selepas mendengar pengakuan daripada Kang Ha, Jae-i yang berasa tertekan melangkah pergi. Pada majlis perpisahannya, Ri-an tiba dan membuat satu pengumuman.

        

Episod 6 - An Arrow: To the Heart (70 minit)

Kang Ha merancang satu mogok bagi menuntut tindakan terhadap pembuli di sekolah. Usaha Jae-i untuk melindungi Ri-an telah membongkar satu rahsia kepada Kang Ha.

       

Episod 7 - Spring Time: Our Short, Vulnerable Yet Precious Chapter (75 minit)

Tindakan Kang Ha menentang pembuli menggemparkan seluruh sekolah. Ketika Jooshin berdepan dengan hari pembalasan, adakah matlamat Kang Ha tercapai?

        

Baca: Info Dan Sinopsis The Frog (Netflix TV Series / Kdrama 2024)

Baca: 10 Filem Korea Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Thailand (Thai Drama) Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

         

Pelakon / Cast

Siri ini diperkenalkan sebagai produksi drama bertemakan "coming-of-age" yang menampilkan wajah-wajah muda dalam industri lakonan Korea iaitu Roh Jeong-eui, Lee Chae-min dan Kim Jae-won.

Pelakon-pelakon lain yang turut terlibat ialah Ji Hye-won, Lee Won-jung, Kim Tae-jung, Seo Bum-june, Yoon Seok-ho, Kwon Eun-bin, Seo Jun dan Kim Min-chul.

       

hierarchy cast

Kredit foto: Instagram Netflix K-Content

       

Watak Pelakon

Lee Chae-min sebagai Kang Ha

Roh Jeong-eui sebagai Jeong Jae-i

Kim Jae-won sebagai Kim Ri-an

Chi Hae-won sebagai Yoon He-ra

Lee Won-jeong sebagai Woo-jin

Kim Tae-jung sebagai Choi Yun-seok

Yoon Seok-ho sebagai Tae-ho

Kwon Eun-bin sebagai Ye-ji

Seo Jun sebagai Kim Seon-woo

Kim Min-chul sebagai Kang In-han

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dihasilkan oleh pengarah Bae Hyun-jin, Chu Hye-mi diberi penghargaan sebagai penulis skrip, dengan ia diproduksi oleh Studio Dragon.

      

Tarikh Tayangan

Netflix menawarkan siri ini sebagai satu daripada kandungan yang tersedia bermula 7 Jun 2024.

       

hierarchy series

Kredit foto: Instagram Netflix K-Content

       

Siri terhad ini merangkumi tujuh episod dengan setiapnya berdurasi kira-kira satu jam.

      

Tajuk cerita? Hierarchy

Genre apa? Drama, Romantik, Misteri, Remaja

Bahasa? Korea

Klasifikasi? 16+

Berapa episod? 7 episod

Bila tayang? Mulai 7 Jun 2024

Tonton di mana? Platform online, Netflix

      

Kredit video: Hierarchy - Full Official Trailer | Netflix [ENG SUB]

       

Kredit video: [EXCLUSIVE PREVIEW] Transfer student won't back down | Hierarchy Episode / Ep 1 | Netflix [ENG SUB] Release date June 7, 2024

      

Kredit video: Hierarchy | Ending Explained | Lee Chae Min | Roh Jeong Eui | Kim Jaewon | Full Recap

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)