Oleh pada 24 Jun 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Ipar Adalah Maut

       

Ipar Adalah Maut (I.A.M) ialah sebuah filem Indonesia yang dinantikan pada tahun 2024, di bawah arahan sutradara terkenal, Hanung Bramantyo. Dengan barisan pelakon hebat seperti Michelle Ziudith, Deva Mahenra dan Davina Karamoy, filem ini memberikan pengalaman yang penuh emosi kepada penonton.

Diinspirasikan daripada kisah viral, "Ipar Adalah Maut" menjadi sebutan di TikTok sebelum ia ditayangkan secara rasmi pada 13 Jun 2024 di Indonesia.

        

ipar adalah maut malaysia

Kredit foto: Instagram Ipar Adalah Maut

       

Difahamkan bahawa naratif ini diperoleh daripada pengalaman sebenar seorang pengikut Eliza Sifaa, seorang pencipta konten yang berkongsi semula kisah ini di TikTok.

Penonton lantas tidak sabar untuk menyaksikan bagaimana Hanung Bramantyo menghidupkan naratif ini di layar perak, membawa penonton menyelami dunia yang penuh dengan ketegangan dan emosi.

       

Sinopsis

Mengisahkan tentang Nisa yang bercita-cita ingin memiliki sebuah keluarga bahagia. Dia bernikah dengan Aris, seorang pensyarah muda yang bijaksana dan menawan. Perkahwinan mereka dianggap sempurna, terutama selepas kelahiran anak pertama mereka, Raya. Namun, kehidupan mereka mula tergugat apabila ibu Nisa meminta adik perempuan Nisa, Rani untuk tinggal bersama mereka.

Rani, seorang pelajar yang masih muda, berusaha menjaga jarak dengan Aris, abang iparnya yang karismatik. Namun, waktu berlalu dan batas antara mereka mula kabur. Nisa merasakan perubahan dalam sikap Aris dan walaupun dia cuba menahan firasat buruk, kebenaran akhirnya terbongkar.

Rasa sakit yang mendalam menghentam Nisa apabila dia mengetahui bahawa suaminya telah terjerat dalam hubungan terlarang dengan adik perempuannya sendiri. Di balik senyum manis Aris dan kebahagiaan keluarga mereka, tersembunyi pengkhianatan yang menjatuhkan segala-galanya.

      

Baca: 10 Filem Indonesia Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Korea Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Di Platform Streaming

Baca: Info Dan Sinopsis Hierarchy (Netflix TV Series), Kdrama 2024

       

ipar adalah maut movie

Kredit foto: Instagram Ipar Adalah Maut

       

Pelakon / Cast

Filem ini menjadi lebih istimewa dengan persembahan mantap daripada barisan bintang Indonesia seperti Michelle Ziudith, Deva Mahendra, Davina Karamoy, Alesha Fadillah Kurniawan, Dewi Irawan, Asri Welas dan Devina Aureel.

        

film ipar adalah maut ending review kisah nyata

Ipar Adalah Maut berdasarkan kisah benar dan bukan adaptasi novel, telah menarik 1 juta penonton dalam kutipan lima hari tayangan. Kredit foto: Instagram Ipar Adalah Maut

       

Turut termasuk Ratu Rafa, Adam Farrel, Toby Armstrong, Rukman Rosadi, Susilo Nugroho, Mbok Tun, Aditya Novika, Akbarry Noor, Nayra Kanaya, Fredy Amin, Manoj Punjabi, Agnes Endah Arum, Astri Nurdin dan Lia Amelia.

       

Watak Pelakon

Michelle Ziudith sebagai Nisa

Deva Mahenra sebagai Aris

Davina Karamoy sebagai Rani

Alesha Fadillah sebagai Raya

Dewi Irawan sebagai Asri

Devina Aureel sebagai Manda

Asri Welas sebagai Esty

Toby Armstrong sebagai Yan

Ratu Rafa sebagai Septi

Adam Farrel sebagai Jefri

Susilo Nugroho sebagai Junaedi

Aditya Novika sebagai Rohmah

Rukman Rosadi sebagai Ustaz

Akbarry Noor sebagai Robby

Mbok Tun sebagai Tin

Manoj Punjabi sebagai Pengunjung Lif

Nayra Kanaya sebagai Rani Kecil

Lia Amelia sebagai Pekerja Nisa

Fredy Amin sebagai Doktor Bedah

Astri Nurdin sebagai Doktor Pakar Penyakit Dalam

Agnes Endah Arum sebagai Perawat

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya yang ditampilkan ini diterbitkan oleh MD Pictures dengan pengarah Hanung Bramantyo dan skrip oleh Oka Aurora (penulis) serta Eliza Sifa (cerita asal).

      

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Lyodra – Tak Selalu Memiliki (Ipar Adalah Maut Original Soundtrack) (Official Music Video)

      

Tajuk: Tak Selalu Memiliki

Penyanyi: Lyodra

Komposer: Yovie Widianto

       

Tarikh Tayangan

Ipar Adalah Maut mula menghiasi layar perak pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei pada 20 Jun 2024.

       

ipar adalah maut sinopsis

Pawagam seperti GSC Cinemas dan TGV Cinemas antara yang menawarkan tayangan filem ini di Malaysia. Kredit foto: Instagram Ipar Adalah Maut

        

Sebelum ditayangkan di Malaysia, filem ini dilancarkan di pawagam Indonesia pada 13 Jun 2024, seminggu lebih awal.

       

Judul: Ipar Adalah Maut

Genre: Drama, Romantik

Bahasa: Indonesia

Durasi: 2 jam 12 minit

Klasifikasi: 18 (Sesuai untuk penonton yang berumur 18 tahun ke atas)

       

Kredit video: Film Ipar Adalah Maut - Full Official Movie Trailer , Release Date 13 Jun 2024

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)