Kredit foto: Instagram Alif Haiqal

Siapa Alif Haiqal (Haiqal)? Muhammad Alif Haiqal Razulan atau nama singkatnya, Alif Haiqal merupakan antara remaja yang tersenarai sebagai peserta rancangan realiti, Pencarian Hero Remaja 2021.

Musim kesebelas pertandingan yang menampilkan barisan lelaki remaja terbaik itu turut mengetengahkan 11 lagi finalis iaitu Aryan Naim (Aryan), Ideen Azman (Ideen), Zaid Erakad (Akad), Amir Ahnaf (Amir), Syazani Zainal (Syazani), Aqil Taqee (Aqil), Mierul Aiman (Mierul), Farhan Nordin (Farhan), Afiq Hamidon (Afiq), Zaim Yazid (Zaim) dan Fazziq Muqris (Fazziq).

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama penuhnya, Muhammad Alif Haiqal bin Razulan.

2. Popular sebagai Alif Haiqal.

3. Berumur 21 tahun (2021).

4. Kelahiran 15 September 2000.

5. Berasal dari Keramat, Kuala Lumpur.

6. Merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik beradik.

7. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Datok Keramat 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, Kuala Lumpur.

8. Mempunyai tubuh yang berketinggian 182 sentimeter (cm).

9. Menggunakan platform media sosial, Instagram menerusi akaun @aalifhqal yang diikuti lebih 3,000 pengguna.

Fakta Menarik

1. Selesa disapa dengan nama panggilan, Haiqal.

2. Pernah menjejakkan kaki ke ujibakat Hero Remaja musim lalu - namun hanya bertahan setakat stage 2.

3. Memasuki Hero Remaja dengan niat untuk mengubah nasib keluarga kerana lahir dalam keluarga yang berstatus sederhana.

4. Ketika di sekolah menengah, beliau aktif dalam sukan bola sepak dan pernah mewakili sekolah.

5. Sejurus tamat persekolahan, dia sudah membanting tulang memasuki alam pekerjaan bagi meringankan bebanan ekonomi keluarga. Dia bekerja sebagai 'waiter' di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

6. Seorang yang berdikari menjalani kehidupan dan tidak segan mencari punca rezeki dalam pelbagai sektor pekerjaan, termasuk sebagai pelayan restoran, personal shopper di pasaraya dan model.

7. Memasuki bidang peragaan sejak tahun 2019, beliau pernah membintangi drama dan video muzik lagu penyanyi remaja, Irfan Haris.

8. Satu perkataan yang digunakannya untuk menggambarkan diri adalah 'pemalu'.

9. Aktiviti ekstrem yang diminati adalah 'bungee jumping' kerana obses dengan ketinggian dan aktiviti lasak.

10. Menggunakan masa terluang semasa musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dengan membantu ibunya yang bekerja sebagai tukang masak di rumah kebajikan orang tua.

Baca: Biodata Aryan Naim, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Amir Ahnaf, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Afiq Hamidon, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Farhan Nordin, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Ideen Azman, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Aqil Taqee, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Zaim Yazid, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Fazziq Muqris, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Syazani Zainal, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Zaid Erakad, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Mierul Aiman, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Info Program Hero Remaja 2021 (Prelude)

Baca: Biodata: 10 Fakta Nadhir Nasar (Juara Hero Remaja 2020) Yang Ramai Tak Tahu!  

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2021

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2020

Gambar

alif haiqal ig

alif haiqal umur

haiqal hero remaja

finalis hero remaja 2021 574

alif haiqal 264

hero remaja 448

hero remaja 2021 839

senarai hero remaja 2021 955

peserta hero remaja 2021 813

Kredit foto: Instagram Alif Haiqal

Video

Kredit video: Top 12 Hero Remaja 2021 : Alif Haiqal

Sumber:

1. Profil Alif Haiqal

2. Top 12 Hero Remaja 2021 : Alif Haiqal

3. Hero Remaja 2021 Prelude Episod 4




Hakcipta iluminasi.com (2017)