Oleh pada 13 Jul 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pertandingan realiti TV Dewi Remaja kembali untuk edisi ke 12 pada tahun 2022.

Pencarian gadis remaja terbaik Malaysia kerjasama di antara Nu Ideaktiv Sdn Bhd sebagai penganjur dan saluran Astro Ria selaku penyiar rasmi ini, tidak memerlukan pengenalan kerana kredibilitinya sebagai platform pencarian bakat komersial yang mengangkat martabat wanita muda, sudah terbukti menerusi kelahiran barisan nama besar yang masyhur di persada seni hiburan tanah air.

Sejak penganjuran tahun 1985 lagi, industri seni Malaysia selama 37 tahun ini telah diserikan dengan bintang kelahiran Dewi Remaja seperti Aleeza Kassim, Wan Khatijah, Juliana Banos, Scha Al-Yahya, Neelofa, Raysha Rizrose dan ramai lagi.

dewi remaja

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Konsep

Sebuah program pencarian bakat berkonsepkan realiti yang menuntut dedikasi dan komitmen tinggi 16 finalis wanita melalui cabaran yang menguji ilmu dan versatiliti mereka saban minggu - bagi menyerlahkan potensi bakat luar biasa yang dimiliki dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.

Pelapis bakat baharu industri seni yang penuh dengan keazaman dan semangat gigih ini melalui persaingan lapan minggu sebagai titik permulaan bagi mempersiapkan diri mereka untuk mengejar takhta juara.

Ujibakat

Dalam usaha mengenal pasti bakat untuk diketengah, pihak produksi telah menjelajah ke empat buah negeri di seluruh Malaysia sepanjang bulan Mac lalu iaitu di Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Selangor.

Juri uji bakat menghakimi lebih daripada 500 calon peserta tempatan mahupun antarabangsa dari segenap Malaysia, menerusi beberapa kriteria pemilihan iaitu dalam segmen komunikasi, bakat dan juga pengetahuan am.

finalis dewi remaja 2022

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Peserta / Finalis

Senarai 16 peserta yang akan menjadi pertaruhan musim kali ini terdiri saingan lebih sengit kerana pemilihan peserta yang lebih diversiti dan penuh warna-warni - dari berbilang bangsa iaitu dari negeri Pulau Pinang sehinggalah ke Sabah!

Barisan peserta memberi pilihan yang lebih meluas buat juri tetap dan juri jemputan pada setiap minggu.

Bintang yang memberi saingan edisi ini hadir dengan variasi keperibadian dan latar belakang, karakter menarik dan potensi untuk diangkat sebagai muka baharu mewakili remaja Malaysia dalam industri hiburan mahupun lapangan lain yang memerlukan khidmat mereka.

Berikut adalah peserta Top 16 seperti didedahkan dalam sidang media pengumuman rasmi yang dilangsungkan pada 7 Julai 2022 (Khamis) bertempat di Z Botanica by Nicsmann, One Utama, Petaling Jaya.

1. Siti Auni Safiya Yusri / Auni, 22

2. Fifi Filan Tisya Mohd Zain / Fifi, 20

3. Keeranjit Kaur Darpit Singh / Keeran, 25

4. Nurshafeera Reezlyn Shamsul Azhar / Reezlyn, 18

5. Dina Allysha Aminudin / Dina, 21

6. Melissa Quek Ai Ying / Melissa, 20

7. Nur Hailee Izzati Mohd Azimzim / Hyeley, 23

8. Malle Christian Anderson Barlus / Malle, 24

9. Siti Nur Aishah Bee Md Nor / Bee Aishah, 22

10. Zafira Natasya Yong / Zafira, 21

11. Wan Nurul Eiman Wan Zulkifli / Eiman, 24

12. Kimberly Chuah / Kimberly, 22

13. Noor Alyssa Ahmad Azim / Alyssa, 20

14. Tracie Sinidol / Tracie, 21

15. Nur Rasyiqah Johan / Rasyiqah, 20

16. Janani Baskaran / Janani, 24

Baca: Biodata 16 Finalis / Peserta Dewi Remaja 2022

Pengacara

Merancakkan lagi penganjuran musim terbaharu, aktor terkenal Fikry Ibrahim dilantik sebagai hos yang akan mengendalikan program, sekaligus menjadi antara tarikan Dewi Remaja 2022 berdasarkan karisma dan kebolehannya menerajui rancangan televisyen realiti. Pakej yang dipunyai juga bertepatan dengan imej program.

Juri Tetap

Finalis pencarian Dewi Remaja edisi 1994/1995, pelakon jelita berpengalaman, Rozita Che Wan mengambil alih kerusi juri tetap tunggal musim ini buat julung kalinya, membawa jenamanya sebagai pelakon, pengacara, usahawanita dan jurucakap produk paling dikenali di Malaysia.

peserta dewi remaja 2022

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Penjurian

Tidak hanya bersaing menerusi cabaran pada setiap episod, ‘Dewi Remaja 2022’ juga mengukur aspek populariti dengan memperkenalkan sistem undian daripada peminat yang dibuka sejak 8 Julai 2022 lalu sehinggalah ke malam finale nanti bagi menentukan pemegang gelaran anugerah kategori Dewi Favourite 2022.

Undian

Undian peminat secara online boleh dibuat setiap hari menerusi laman sesawang rasmi Remaja di https://www.remaja.my/dewi/

Penaja

Penerbitan ‘Dewi Remaja 2022’ turut disokong oleh jenama Kinohimitsu dan WonderDewi by WonderLab sebagai penaja bersama.

dewi remaja 2022 episod

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Waktu Siaran

Pencarian Dewi Remaja 2022 bakal menemui penonton bermula 16 Julai 2022, siaran setiap hari Sabtu, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Kesemua lapan (8) episod penuh program ini juga boleh ditonton secara online menerusi penstriman On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Senarai Juara Pemenang Dewi Remaja

Dewi Remaja 1985 / 1986 : Tengku Anis Tengku Ismail

Dewi Remaja 1987 / 1988 : Aleeza Kasim

Dewi Remaja 1990 / 1991 : Jasmeen Dhillon

Dewi Remaja 1994 / 1995 : Wan Khadijah Wan Othman

Dewi Remaja 1997 / 1998 : Juliana Banos

Dewi Remaja 2002 / 2003 : Annahita Bakavoli

Dewi Remaja 2005 / 2006 : Scha Al-Yahya

Dewi Remaja 2009 / 2010 : Neelofa

Dewi Remaja 2014 / 2015 : Raysha Rizrose

Dewi Remaja 2018 / 2019 : Tiada Pemenang

Dewi Remaja 2019 / 2020 : Shaza Bae

Kredit video: [LIVE] Sidang Media Dewi Remaja 2022 I 7 Julai 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)