Oleh pada 10 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

       

Kerjasama Astro Ria dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd menyampaikan musim baru program realiti Hero Remaja dan Dewi Remaja.

Bergabung di bawah payung "Hero Dewi Remaja 2023", ia menawarkan pengemasan kandungan yang lebih segar, memperkenalkan 16 remaja yang penuh potensi, bakat, karisma dan ciri-ciri sebagai figura awam.

         

hero dewi remaja 54693

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

        

Finalis Top 16 melibatkan lapan Hero dan lapan Dewi yang telah diumumkan. Berikut adalah senarai penuh dan biodata para peserta.

        

Finalis Top 16 Hero Dewi Remaja 2023

arabella dewi remaja 56689

Biodata Evertts Hero Remaja

Nama penuh: Evertts McClane Gomes

Umur: 25 tahun (2023)

Tarikh lahir: 16 Oktober 1998

Asal: Sabah

Ketinggian: 188 cm

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Instagram (IG): @evertts_gomes

TikTok: @everttsg

      

Peserta lelaki tunggal dari Sabah ini merupakan anak sulung dari empat orang adik-beradik. Berketurunan Cina-Kadazan-Portugis dari Kota Kinabalu, model dengan pengalaman sebagai pembantu servis tetamu ini merupakan cucu kepada mendiang Cyril Jones Christopher Gomes - yang pernah dikenali sebagai penyamar 'Elvis Presley Sabah'!

       

Baca: Biodata Lengkap Evertts Gomes, Finalis / Peserta Hero Dewi Remaja 2023

        

Biodata Arabella Dewi Remaja

Nama penuh: Arabella Ellen binti John Robert Nelson

Umur: 18 tahun (2023)

Tarikh Lahir : 5 Mei 2005

Asal: Kuantan

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Instagram (IG): @arabellaellen_

TikTok: belsslemon

       

Arabella, berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Inggeris (bapa) telah berpindah dari Kuantan ke ibu negara pada usia 10 tahun, atas tawaran menyertai skuad kebangsaan dalam sukan gimnastik berirama (gimrama). Walau dijadual untuk mewakili Malaysia dalam Sukan SEA kira-kira dua tahun lalu, dia terpaksa menanggung kecewa kerana terkena kecederaan yang menghalangnya dari beraksi.

         

Baca: Biodata Lengkap Arabella Ellen, Finalis / Peserta Hero Dewi Remaja 2023

        

hero remaja 63668 149

Biodata Jaysong Hero Remaja

Nama penuh: Tan Jia Song

Umur: 21 tahun (2023)

Tarikh Lahir : 30 Mei 2002

Asal: Kuala Lumpur

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Instagram (IG): @jia_songggggggggg

TikTok: jia_songg

       

Merupakan peserta berbangsa Cina tunggal yang menjalankan peranan sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh di platform media sosial serta YouTube. Memandang tinggi kepada Stephen Chow dan Jackie Chan dalam seni persembahan lakonan dan pengarahannya, Jaysong sentiasa memberi penekanan terhadap kesihatan mental dengan melakukan senaman dan menari sebagai ‘outlet’ pada waktu senggang.

        

Biodata Cora Dewi Remaja

Nama penuh: Cora Waybin

Umur: 23 tahun (2023)

Tarikh lahir : 11 Ogos 2000

Asal: Sabah

Pendidikan: Diploma Jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Open University Malaysia (OUM)

Instagram (IG): @corawaybin_

TikTok: coraawy

       

Gadis Sabah dari kota Keningau, Cora, mempunyai minat menari dan menyanyi di depan orang ramai walaupun berkelakuan pendiam. Pengalaman Cora dalam beberapa pertandingan ratu cantik di Sabah membentuk dan mengajarnya untuk tidak berputus asa.

          

dewi remaja 11458

Biodata Fitri Hero Remaja

Nama penuh: Muhammad Fitri bin Mohd Farok

Umur: 24 tahun (2023)

Tarikh lahir : 27 Disember 1999

Asal: Kuala Lumpur

Ketinggian: 183 cm

Pendidikan: Graduan Sarjana Muda Jurusan Perakaunan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

Instagram (IG): @fitrifarok

TikTok: fitrifarok

        

Fitri, yang terlebih dahulu membangun reputasi sebagai model, memiliki sifat ingin belajar yang tinggi. Penting baginya menjunjung tinggi soal tanggungjawab dan tingkah laku sebagai cerminan utama keperibadian.

         

Baca: Biodata Lengkap Fitri Farok, Naib Juara Hero Remaja 2023, Cucu Pelakon Normah Damanhuri, Anak Saudara Kepada Usahawan Kak KM

         

Biodata Azqa Dewi Remaja

Nama penuh: Nur Azka Azimah binti Ahmad Aziz

Umur: 23 tahun (2023)

Tarikh lahir : 15 Disember 2000

Asal: Sabah

Pendidikan: Diploma jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada MSU College Sabah

Instagram (IG): @8azqa

TikTok: 8azqa

       

Azqa, gadis dari Putatan, Sabah, yang berfizikal tinggi lampai, sering menyertai pertandingan ratu cantik di negerinya. Dia berhasrat memenuhi harapan ibunya dengan memperbaiki kemahiran dan mengumpul pengalaman bagi masa hadapan yang lebih cerah.

          

dewi remaja 2023 13582

Biodata Hakim Hero Remaja

Nama penuh: Muhd Al Hakim Khan bin Farrukh Hadi

Umur: 22 tahun (2023)

Tarikh lahir : 3 Februari 2001

Asal: Selangor

Ketinggian: 188 cm

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Instagram (IG): @hakimkhann

TikTok: hakimkhann7

        

Anak tunggal, Hakim, yang menjadi peserta tertinggi dalam edisi ini, mempunyai beberapa lagu gubahan sendiri. Terlibat dalam seni nyanyian selepas menamatkan sekolah, Hakim yakin memiliki peluang menjadi pelakon baharu dalam industri pada masa akan datang.

        

Biodata Nurel Dewi Remaja

Nama penuh: Nurelyana binti Baharin

Umur: 21 tahun (2023)

Tarikh lahir : 29 September 2002

Asal: Sarawak

Pendidikan: Diploma Jurusan Persembahan Teater daripada UiTM Puncak Perdana

Instagram (IG): @ellbhrin

TikTok: ellbhrin

        

Anak bongsu dari empat beradik ini mudah mesra dengan orang sekeliling dan sangat aktif dalam bidang tarian. Keluarganya sangat menekankan soal pendidikan agar tidak terabai oleh minat seninya. Dengan Hero Dewi Remaja 2023, dia berharap akan membuka pintu ke dalam gelanggang seni.

        

Baca: Biodata Lengkap Nurel Baharin, Juara Dewi Remaja 2023

         

hero remaja 2023 96899

Biodata Aiman Ameer Hero Remaja

Nama penuh: Che Aiman Ameer bin Che Kamarudin

Umur: 23 tahun (2023)

Tarikh lahir : 15 Januari 2000

Asal: Johor

Pendidikan: Diploma Bidang Pengurusan Logistik Dan Rantaian Bekalan daripada Politeknik METRO Johor Bahru

Instagram (IG): @aimanameer

TikTok: aiman_ameer

        

Bekas pramugara di syarikat penerbangan komersil yang sentiasa giat mengejar impian. Dia gemar bermain alat muzik ukelele dan bersukan ragbi, bersedia untuk menunjukkan bakat seni yang tersimpan.

        

Baca: Biodata Penuh Aiman Ameer, Juara Hero Remaja 2023

         

Biodata Adrina Dewi Remaja

Nama penuh: Nur Adrina binti Kamaruddin

Umur: 24 tahun (2023)

Tarikh lahir : 11 September 1999

Asal: Kelantan

Pendidikan: Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan daripada University of Cyberjaya

Instagram (IG): @adrinakamaruddin

TikTok: adrinakamjo

        

Adrina, gadis yang penuh semangat, ingin menyertai Dewi Remaja sejak usia 18 tahun, namun ibu bapanya menegaskan kepentingan memberi fokus kepada pelajaran terlebih dahulu. Cita-citanya bukan hanya melebar sayap dalam bidang seni, malah berharap suatu hari dapat menyumbang bakti menerusi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

        

hero remaja 2022 57011

Biodata Jay Hero Remaja

Nama penuh: Aariz Iskandar bin Idris

Umur: 18 tahun (2023)

Tarikh lahir: 21 Jun 2005

Asal: Selangor

Ketinggian: 180 cm

Pendidikan: Asasi Perundangan di Kolej Poly-Tech MARA, UiTM Dengkil

Instagram (IG): @jayiskandarr

TikTok: jayiskandarrr

       

Peserta termuda di kalangan finalis Hero Remaja musim ini adalah anak ketiga dalam keluarga yang mempunyai lima orang adik-beradik. Walaupun menumpukan perhatian terhadap pelajaran, dia turut terlibat dalam sukan dengan peranan dalam bola tampar (peringkat MSS) dan bola baling (peringkat MSSP) mewakili sekolahnya. Bersandar minat dalam bidang peragaan dan perniagaan, dirinya yakin mampu mencipta sejarah sebagai juara termuda dalam Hero Remaja.

       

Biodata Qist Dewi Remaja

Nama penuh: Qistina Rania binti Fakhrul Azzam

Umur: 22 tahun (2023)

Tarikh lahir : 26 Mac 2001

Asal: Kelantan

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Instagram (IG): @_qistinarania

TikTok: _qisrania

      

Bekas pramugari di sebuah syarikat penerbangan komersil ini bercita-cita ingin menjelajah industri seni. Dia percaya bahawa keunikan individu tidak sepatutnya menjadi halangan dalam mencapai matlamat. Keterujaannya adalah terhadap pengembaraan baharu dalam pertandingan ini dan ingin menjadi contoh agar remaja yakin dengan potensi serta impian mereka.

        

Baca: Biodata Lengkap Qistina Rania, Finalis / Peserta Hero Dewi Remaja 2023

        

peserta hero dewi remaja 2023 63235

Biodata Azri Safix Hero Remaja

Nama penuh: Azri Safix bin Mohd Razal

Umur: 22 tahun (2023)

Tarikh lahir : 10 November 2001

Asal: Kuala Lumpur

Pendidikan: Diploma Persembahan Teater daripada Akademi Seni Budaya Warisan (ASWARA)

Instagram (IG): @azrisfx

TikTok: azrisfx

        

Dengan komitmen yang tinggi dalam mempelajari ilmu lakonan dan pengarahan, dia gemar menonton dan mengkaji filem, teknik lakonan serta jalan cerita dalam setiap naskhah. Langkah kedua setelah percubaan pada tahun 2021 di Hero Remaja adalah bagi mengembangkan bakatnya hingga tahap tertinggi.

      

Biodata Myra Dewi Remaja

Nama penuh: Nur Amirah Afrina binti Mohd Hashim

Umur: 24 tahun (2023)

Tarikh lahir : 11 Mac 1999

Asal: Kedah

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Instagram (IG): @myraafrina

TikTok: myra.afrina

       

Mesra disapa sebagai "Nad" dalam lingkungan keluarga dan rakan rapat, gadis ini seorang ejen hartanah muda yang pernah bergiat sebagai bakat produksi drama dan filem. Dia berhasrat membuktikan bahawa dirinya tidak boleh dianggap enteng oleh sesiapa pun, terutamanya oleh yang pernah memperkecilkan dirinya berdasarkan penampilan fizikal sebelum ini.

       

finalis hero dewi remaja 2023 78901

            

Biodata Razin Qidran Hero Remaja

Nama penuh: Razin Qidran bin Noor Hisham

Umur: 24 tahun (2023)

Tarikh lahir : 5 Mac 1999

Asal: Kuala Lumpur

Pendidikan: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Malaya

Instagram (IG): @razinq

TikTok: rqidran

       

Anak kedua dari empat beradik dengan kacukan keturunan Pakistan, Arab dan Cina, menyukai bidang kewangan dan ekonomi makro. Dia mengutamakan pendidikan sejak kecil dan ingin membuktikan bahawa kecerdasan intelektual juga kritikal dalam kelangsungan kerjaya industri hiburan. Berminat dalam lakonan, Razin juga sentiasa menyediakan masa untuk bersukan di waktu lapang.

          

Biodata Amira Rafik Dewi Remaja

Nama penuh: Nuramira binti Mohamed Rafid

Umur: 23 tahun (2023)

Tarikh Lahir : 11 Mac 2000

Asal: Selangor

Pendidikan: Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Management Science University (MSU)

Instagram (IG): @amira_rafik

TikTok: babyyb0ss

         

Sebagai anak bongsu yang berazam membantu keluarga hidup lebih selesa, dia sedang merintis jalan dalam bidang lakonan sambil menjalankan tugas sebagai pegawai pentadbiran di sebuah klinik.

       

Sumber & Kredit foto: Majalah Remaja

        

         

Baca: Akhirnya Didedahkan! Ini Senarai Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Senarai Dan Biodata 16 Finalis / Peserta Dewi Remaja 2022

       

Untuk butiran mengenai format penjurian, pengacara, juri tetap dan undian, baca artikel: Info Penuh Hero Dewi Remaja 2023

        

Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 ditayang pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104) bermula 10 November 2023.

Anda juga boleh menonton di platform penstriman video terkemuka, Astro GO dan Sooka, serta menikmatinya secara On Demand melalui Astro Box untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Menerusi program pencarian bakat dan personaliti Hero dan Dewi Remaja, telah melahirkan generasi peneraju, penghibur dan ikon dalam industri hiburan tempatan, memperkenalkan personaliti-personaliti terkenal seperti Syafiq Kyle, Badrul Muhayat, Eizlan Yusof, Azhar Sulaiman, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Meerqeen, Aniq Suhair, Nadhir Nasar, Anna Jobling, Mawar Rashid, Rozita Che Wan, Neelofa, Izara Aishah, Intan Ladyana, Tiara Jacquelina dan ramai lagi.

       

Senarai Pemenang / Juara Hero Remaja

Hero Remaja 1990 - Esma Daniel

Hero Remaja 1993/1994 - Suhaidi

Hero Remaja 1997 - Wan Shahlim

Hero Remaja 1999 - Kusyairi Ahmad

Hero Remaja 2001 - Zed Zaidi

Hero Remaja 2004 - Zawen Anwar

Hero Remaja 2007/2008 - Kamal Adli

Hero Remaja 2012 - Fattah Amin

Hero Remaja 2017 - Alif Muhaimin

Hero Remaja 2020 - Nadhir Nasar

Hero Remaja 2021 - Mierul Aiman

       

Senarai Pemenang / Juara Dewi Remaja

Dewi Remaja 1985/1986 - Tengku Anis Tengku Ismail

Dewi Remaja 1987/1988 - Aleeza Kasim

Dewi Remaja 1990/1991 - Jasmeen Dhillon

Dewi Remaja 1994/1995 - Wan Khadijah Wan Othman

Dewi Remaja 1997/1998 - Juliana Banos

Dewi Remaja 2002/2003 - Annahita Bakavoli

Dewi Remaja 2005/2006 - Scha Al-Yahya

Dewi Remaja 2009/2010 - Neelofa

Dewi Remaja 2014/2015 - Raysha Rizrose

Dewi Remaja 2018/2019 - Tiada Pemenang (Kemenangan asalnya milik Haneesya Hanee telah ditarik balik)

Dewi Remaja 2019/2020 - Shaza Bae

Dewi Remaja 2022 - Tracie Sinidol

      

Kredit video: CAPSULE Hero Dewi Remaja 2023 Episod 1: First Time Jumpa!

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)