Oleh pada 08 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @puteriaishahofficial

     

1. Drama yang mengetengahkan tema cinta, konflik dan kekeluargaan, hasil adaptasi novel dengan judul sama tulisan Myra Ameer. Dalam versi layar kaca kali ini menampilkan Shahrom Kamaludin atau nama komersialnya, Along Kamaludin selaku pengarah.

      

info drama utusan cinta buat adam 2

Kredit foto: Instagram @aleeza_kasim

      

2. Mengisi slot Akasia di TV3, 'Utusan Cinta Buat Adam' menggandingkan pelakon Kamal Adli dan Puteri Aishah sebagai teraju utama. Turut dibantu barisan pelakon seperti Sharifah Sakinah, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Aleeza Kasim, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

3. Mengisahkan seorang doktor bernama Aireen Husna yang jatuh hati dengan seorang pensyarah berusia 35 tahun, Adam Firdaus yang juga merupakan anak kenalan ibu saudaranya. Adam yang memiliki pegangan agama yang kuat membuatkan Aireen bertambah yakin untuk membawa penyatuan hubungan itu ke mahligai perkahwinan. Begitupun konflik mula tercetus apabila percintaan mereka mendapat bantahan nenek Adam, Tok Wan.

     

Kredit video: Youtube Sony Music MY

      

4. Single Pernah Bahagia dendangan Sharifah Zarina dipilih sebagai runut bunyi menghiasi setiap episod. Hasil ciptaan komposer Sharon Paul dan senikata Ahmad Fedtri Yahya, klip video rasmi lagu ini mencuri perhatian umum dengan kemunculan penyanyi Zamani selaku model.

5. Bersiaran 28 episod, drama terbitan syarikat A-Ten Alliances Sdn Bhd ini ke udara mulai 3 Julai 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang di TV3.

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan




Hakcipta iluminasi.com (2017)