Kredit foto: Instagram TGV Cinemas
Takluk: Lahad Datu mengangkat kisah benar ke dalam bentuk adaptasi filem.
‘Takluk: Lahad Datu’ mengisahkan tentang kronologi kes pencerobohan kumpulan Gagasan Militan Nusantara (GMN) yang diketuai oleh Raja Iskandar. Selepas memasuki Kampung Batu Jugar, pencerobohan itu mencetuskan perang yang menggugat keamanan. Kredit foto: Instagram GSC Movies
Antara barisan pelakon ternama yang menyinari karya ini ialah Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Eman Manan dan Anding Indrawani.
Filem ini akan mula memeriahkan layar pawagam pada 22 Ogos 2024.
Sinopsis
Naskhah aksi kenegaraan ini, yang diinspirasikan daripada peristiwa hitam dalam sejarah negara, membawa kembali ingatan kepada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dan Ops Daulat yang menggemparkan Malaysia pada 11 Februari 2013.
Cerita bermula apabila beberapa ratus rakyat Filipina, dikenali sebagai Pasukan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, dihantar oleh Jamalul Kiram III untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu. Lalu, skuad Komando VAT69 bangkit mempertahankan maruah negara daripada serangan pengganas yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini.
Tragedi yang berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu kemudian menjadi catatan kelam apabila 12 wira negara gugur di medan tempur, mempersembahkan nyawa demi mempertahankan tanah air. Dalam pertempuran itu, 56 pengganas terbunuh, bersama enam orang awam yang turut menjadi korban.
Krisis pencerobohan ini bukan sekadar kenangan, malah satu bab dalam sejarah Malaysia yang sukar dilupakan. Filem ini menyingkap kembali detik-detik tegang itu, sebagai penghargaan kepada wira-wira negara yang telah berjuang dengan penuh keberanian.
Penghasilan filem ini adalah sebagai tanda hormat terhadap pengorbanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Baca: 8 Filem Melayu Terbaru (2024) Mesti Tonton!
Baca: 10 Filem Komedi 'Lawak' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online (Netflix, Prime Video, HBO GO)
Kredit foto: Instagram GSC Movies
Pelakon / Cast
Filem ini diperkaya dengan penampilan mantap daripada pelakon-pelakon ternama Malaysia seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Eman Manan dan Anding Indrawani.
Bagi memastikan karya ini jauh daripada polemik dan isu di kemudian hari, ia sekadar menjadikan insiden Lahad Datu sebagai sumber inspirasi tanpa melibatkan mana-mana pihak. Kredit foto: Instagram GSC Movies
Ditambah lagi dengan barisan bintang terkenal seperti Fad Anuar, Adam Corrie, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Riezman Khuzaimi, Ayez Shaukat, Hairi Safwan, Azizah Mahzan dan Zarul Husin.
Tidak ketinggalan Yuna Rahim, Aidil Aziz, Azhar Amir, Ezzaty Abdullah, Azizul Ammar, Hakim Nordin, Abi Madyan, Fezrul Khan, Rahim Omar, Opie Harris, Jonathan Lee, Rosdeen Suboh, Siraj Alsagoff dan Nasir Jani.
Watak Pelakon
Syafiq Kyle sebagai DSP Zambri
Kamal Adli sebagai DSP Jai
Fikry Ibrahim sebagai Inspektor Saiful
Eman Manan sebagai Raja Iskandar
Anding Indrawani Zaini sebagai DSP Maznan
Riezman Khuzaimi sebagai SAC Datuk Mizan
Josiah Hogan sebagai SAC Kamal
Fad Anuar sebagai Inspektor Alwi
Ayez Shaukat Fonseka Farid sebagai Samat
Adam Corrie sebagai SAC Azizi
Mustaqim Bahadon sebagai DSP Edi
Hairi Safwan sebagai Koperal Rafi
Zarul Husin sebagai SAC Datuk Taufik
Azizah Mahzan sebagai Zainab
Rosdeen Suboh sebagai Mat Zin
Jonathan Lee sebagai Inspektor Steven
Siraj Alsagoff sebagai Inspektor Ravi
Nasir Jani sebagai Raja Imran
Kredit foto: Instagram GSC Movies
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Dihasilkan daripada arahan Zulkarnain Azhar, dia bersama Peter Toyat diberi penghargaan sebagai penulis skrip, sementara Multimedia Film Productions menjadi produksi di sebalik karya ini.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: Peluang (Takluk: Lahad Datu Original Motion Picture Soundtrack)
Tajuk: Peluang
Penyanyi: Monalyssa
Komposer: Ball Monalyssa, Moja Salim
Penulis lirik: Moja Salim
Tarikh Tayangan
Peminat filem boleh mula menyaksikan tayangan ini di pawagam mulai 22 Ogos 2024.
Kredit foto: Instagram GSC Movies
Untuk pengalaman menonton yang lebih sinematik, Takluk: Lahad Datu turut hadir dalam format IMAX® dan Dolby Atmos di pawagam terpilih, menjadikannya filem tempatan kedua yang ditayangkan dalam format tersebut.
Kutipan
Tayangan awal - RM1.6 juta
Tayangan awal dan hari pertama - RM3 juta
Tayangan awal dan 4 hari tayangan - RM8.5 juta
Tayangan awal dan 7 hari tayangan - RM10.5 juta
12 hari tayangan - RM16.5 juta
Kemaskini 5 September 2024 - RM18 juta
Kemaskini 9 September 2024 - RM20 juta
Kemaskini 19 September 2024 - RM25 juta
Kemaskini 30 September 2024 - RM26 juta
Judul: Takluk: Lahad Datu
Genre: Aksi Perang Kepolisan
Bahasa: Melayu
Durasi: 2 jam (120 minit)
Klasifikasi: 16
Kredit video: Film Takluk Lahad Datu - Full Official Movie Trailer , Release Date 22 Ogos 2024
Kredit video: TAKLUK: LAHAD DATU | Behind The Scenes Clip