Oleh pada 03 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Lumatic Films

Filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha, seorang pengarah terkenal yang sebelum ini mengetengahkan karya-karya popular seperti KIL dan Terbaik dari Langit, ialah gabungan antara genre romantik dan sains fiksyen, dengan lakonan oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle. Filem ini telah ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula pada 23 Februari 2023.

imaginur showtimes

Kredit foto: Instagram Lumatic Films

Sinopsis

Imaginur mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Zuhal yang mengalami krisis emosi setelah mengalami putus tunang. Dia mula berdepan serangan panik yang sering mengganggu kehidupan sehariannya.

Suatu hari, ketika cuba mengejar Nur, seorang wanita yang pernah muncul dalam mimpinya, Zuhal mengalami kemalangan. Dia kemudian terjaga di hospital bersama bapanya yang menghidap penyakit Alzheimer. Dia disarankan oleh doktor untuk mencari bantuan pakar hipnosis.

Zuhal terserempak dengan bekas tunangnya semasa menemani bapanya membeli barang di pasar raya. Tetapi tiba-tiba bapanya hilang dari pandangan, memaksa dia pulang ke rumah sendirian sebelum dibangunkan oleh adiknya, Isma.

Tidak lagi mampu mengawal hidupnya yang semakin lari dari kawalan, Zuhal cuba mencari fokus dengan menemui Dr. Ramli, seorang pakar hipnosis yang awalnya dianggapnya sebagai seorang 'scammer'. Namun, semasa dalam sesi rawatan, Zuhal ternampak Nur, seorang wanita misteri yang kini muncul dalam realiti hidupnya. Ini membuatkan Zuhal memutuskan untuk teruskan sesi rawatan tersebut.

Kehadiran Nur membawa kepada perkenalan antara Zuhal dan perempuan misteri itu. Walaupun Zuhal cuba mengenalpasti tentang identiti Nur sama ada benar-benar wujud atau hanya imaginasi daripada sesi hipnosis dengan Dr. Ramli, ia memberikan ketenangan dalam hidupnya sehingga segala misteri dapat terjawab.

filem imaginur

Kredit foto: Instagram Lumatic Films

   

Pelakon

Filem Imaginur menampilkan gandingan hebat antara dua figura pelakon iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle yang membawa watak utama. Antara lain, ia turut menampilkan bintang-bintang filem yang berpengalaman yang menyandang peranan pembantu seperti Nadiya Nisaa, Afdlin Shauki, Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Pekin Ibrahim, Ruzana Ibrahim, Anas Ridzuan, Meor Hashim Manaf, Firdaus Karim dan Takahara Suiko.

Watak Pelakon

Beto Kusyairy sebagai Zuhal

Diana Danielle sebagai Nur

Nadiya Nisaa sebagai Isma

Dato Afdlin Shauki sebagai Dr Ramli

Pekin Ibrahim sebagai Hakim, tunang Yazmin

Fatimah Abu Bakar sebagai Wanita Tua

Ruzana Ibrahim sebagai Yazmin

Anas Ridzuan sebagai Mat Kritik

Firdaus Karim sebagai Guard

Dato Rahim Razali sebagai Lelaki Tua

Meor Hashim Manaf sebagai Bapa Zuhal

Takahara Suiko sebagai Yumi

   

imaginur movie

Kredit foto: Instagram Beto Kusyairy

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem terbaru yang diterbitkan oleh syarikat Lumatic Films ini, diberikan sentuhan oleh pengarah Nik Amir Mustapha dan skripnya nukilan Redza Minhat dan Nik Amir Mustapha.

Lagu Tema (OST)

Kredit foto: AMIR JAHARI - HASRAT (OST IMAGINUR) - OFFICIAL MUSIC VIDEO

Tajuk: Hasrat

Penyanyi: Amir Jahari

Komposer: Amir Jahari

Penulis lirik: Amir Jahari

   

imaginur sinopsis

Kredit foto: Instagram Beto Kusyairy

Tarikh Tayangan

Sejak 23 Februari 2023, penonton di seluruh Malaysia telah dapat menonton filem Imaginur di pawagam-pawagam berdekatan. Filem ini mempunyai durasi tayangan selama 1 jam 30 minit. Hingga kini, ia masih berada dalam senarai tayangan pawagam di seluruh negara.

Trivia

1. Filem ini berkongsi tarikh tayangan perdana dengan filem animasi popular Didi & Friends The Movie pada 23 Februari 2023.

2. Menonjolkan keindahan negeri Perlis sebagai lokasi penggambaran yang memberikan pengalaman visual yang menarik kepada penonton.

3. Penggambarannya pernah terjejas akibat daripada pandemik COVID-19, yang menyebabkan sesi yang bermula pada Februari 2020 terpaksa ditangguhkan sehingga akhir tahun tersebut.

4. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberikan perhatian apabila sudi 'belanja' para pengikutnya di laman Twitter sebanyak 50 keping tiket wayang percuma.

5. Ia juga telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila ditayangkan di New York Asian Film Festival pada tahun lepas.

Kredit video: IMAGINUR Movie Trailer




Hakcipta iluminasi.com (2017)