Oleh pada 12 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

'Mr Drift' merupakan sebuah telefilem 2021 bergenre aksi yang bersiaran di saluran Astro Citra menerusi slot Citra Exclusive.

Karya arahan C. Kumaresan ini dibarisi pelakon Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir, Raja Afiq, Danny X-Factor dan Issey Fazlisham.

mr drift pelakon

Kredit foto: Instagram Issey Fazlisham

Sinopsis

Mengisahkan dua beradik yang mempunyai persamaan bakat dalam sukan motorsport drift, namun tidak sehaluan gara-gara seorang wanita dan pengurus mereka.

Mereka mengekspresikan rasa cemburu dan dendam terhadap diri masing-masing menerusi perlawanan lumba kereta.

Baca: 5 Filem Permotoran Tempatan Wajib Ditonton 'Mat Motor'

mr drift movie

Kredit foto: Instagram Raja Afiq

Pelakon

Lakonan oleh Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir, Raja Afiq, Danny X-Factor, Issey Fazlisham (Issey Titan), Mat Over, Adam Shadan dan Zai Bullzai Hamdan.

Baca: Biodata Pekin Ibrahim

Baca: Biodata Raja Afiq

Baca: Biodata Issey Fazlisham (Issey Titan)

sinopsis mr drift

Kredit foto: Instagram Adam Shadan

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah drama arahan sutradara C. Kumaresan, hasil terbitan produksi Adtisha Productions.

Penulis skrip - Puovin Sandera dan Tommy Loh.

drama mr drift

Kredit foto: Instagram Tisha Shamsir

Lagu Tema (OST)

Tajuk : Kalau Berani

Penyanyi : Tisha Shamsir feat Shazzwan

Komposer : Shazzwan

    

Waktu Siaran

'Mr Drift' bakal menemui penonton pada 12 Jun 2021 (Sabtu), jam 9 malam di slot Citra Exclusive, saluran Astro Citra (CH 108).

Juga terdapat di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Kredit video: Official Trailer HD MR DRIFT

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)