Oleh pada 24 Mar 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Tascreen Productions

'6 Langkah Menghancurkan Ex-Boyfriend' merupakan sebuah telefilem Malaysia 2021 yang menampilkan gandingan pelakon Naqiu dan Nora Danish sebagai pemegang watak utama.

Drama yang bersiaran di saluran Astro Citra hasil arahan sutradara Syahid Johan ini bakal ke udara pada Sabtu, 27 Mac 2021.

6 langkah menghancurkan ex boyfriend movie

Kredit foto: Instagram Tascreen Productions

Sinopsis

"Bila hati terlalu sakit so kita akan come out dengan plan yang gila untuk balas dendam pada ex boyfriend! Siap awak!!!"

Amri bertindak menamatkan hubungan istimewa dengan kekasihnya, Sha.

Kerana terlalu sakit hati dan tidak dapat menerima hakikat, Sha menggunakan khidmat rakannya, Qis, untuk sama-sama menghancurkan kehidupan bekas teman lelakinya itu.

6 langkah menghancurkan ex boyfriend astro

Kredit foto: Instagram Tascreen Productions

Pelakon

Lakonan utama Naqiu, juara pertandingan realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6), bersama penampilan pelakon jelita berpengalaman, Nora Danish.

Turut dijayakan Iman Suhana, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mimi Ernida, Nesa Idrus, Zaryn Min dan Anne Abdullah.

Baca: Biodata Naqiu (Boboy)

Baca: Biodata Nora Danish

Baca: Biodata Iman Suhana

Baca: Biodata Mimi Ernida

6 langkah menghancurkan ex boyfriend sinopsis

Kredit foto: Instagram Naqiu

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya sentuhan kreatif sutradara Syahid Johan di bawah terbitan syarikat produksi Heritage Movies Sdn Bhd.

6 langkah menghancurkan ex boyfriend drama

Kredit foto: Instagram Naqiu

Waktu Siaran

Menemui peminat drama melayu di saluran Astro Citra (saluran 108 HD, 128 SD) pada 27 Mac 2021 (Sabtu), jam 9 malam bagi mengisi slot Citra Exclusive.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, anda boleh strim di perkhidmatan Astro GO dan On Demand.

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Tascreen Productions




Hakcipta iluminasi.com (2017)