Oleh pada 15 May 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Puaka Hari Raya merupakan sebuah telefilem Malaysia 2021 yang menemui penonton di saluran Astro Citra pada 15 Mei 2021.

Dibintangi oleh pelakon Hisham Hamid, Khatijah Tan, Sharul Kamal dan Aman Aziz.

    

puaka hari raya movie

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

"Hargailah kedua ibu bapa selagi hayat mereka masih ada".

Sebuah drama seram meruntun emosi mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Fahmi yang berkelakuan derhaka terhadap ibunya, Fatimah hingga sanggup melarikan diri dan meninggalkan wanita itu seorang diri pada malam hari raya.

Di luar pengetahuan Fahmi, ibunya telahpun meninggal dunia pada malam yang sama.

Empat tahun berlalu, Fahmi yang terlalu merindui ibunya itu pulang semula ke kampung halaman, namun apa yang menantinya hanyalah 'puaka' yang menculik kanak-kanak setiap kali tibanya malam raya! Apakah punca sebenar? Segalanya bakal terjawab dalam telefilem penuh mendebarkan ini.

sinopsis puaka hari raya

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon

Lakonan Hisham Hamid, Khatijah Tan, Sharul Kamal, Aman Aziz dan Ummar Dzariff.

Baca: Biodata Hisham Hamid

Baca: Biodata Sharul Kamal

pelakon puaka hari raya

Kredit foto: Instagram Ummar Dzariff

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya produksi FJ Pictures Sdn Bhd daripada sutradara Feroz Kader.

Skrip tulisan Srikandi Emma dan Seri Dewi.

drama puaka hari raya

Kredit foto: Instagram Hisham Hamid

Waktu Siaran

Karya slot Citra Exclusive yang bakal bersiaran di saluran Astro Citra (CH 108) pada 15 Mei 2021 (Sabtu), jam 9 malam.

Menerusi platform digital, anda boleh strim di on demand dengan menggunakan aplikasi Astro Go.

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Bambam Studios

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)