Oleh pada 10 Mar 2017 kategori

Baru-baru ini, penceramah Farid Ravi Abdullah membuat kenyataan yang "LGBT berlaku kerana godaan syaitan."

Ada sesetengah pihak cuba memperlekehkan pendapat dia. Sedihnya, yang berani memperlekehkan pendapat dia adalah orang Islam juga.Ramai orang salah faham berkenaan isu hubungan syaitan dan golongan LGBT menurut Islam. Pada pandangan Islam sendiri sebenarnya tidak menafikan wujudnya golongan yang akan condong ke arah LGBT.

gay story feture

Ini sesuatu yang perlu difahami. Islam tidak menyebut tak akan wujudnya golongan sebegini.

Isu besarnya, jika anda sebagai golongan LGBT kata anda dilahirkan begitu, itu sebenarnya salah. Setiap bayi dilahirkan bebas dari perasaan seperti itu. Jika dikata yang pengalaman hidup menjadikan ada orang terdorong ke arah LGBT,  boleh diterima kerana perkara itu tak mustahil berlaku. Mungkin ada sesuatu insiden, tragedi, pengaruh malahan cara didikan yang membuatkan anda ada perasaan suka sama jantina atau terasa benci jantina sendiri.

Islam mengiktiraf kewujudan anda. Dari segi hubungan anda dengan Tuhan, anda adalah manusia biasa yang dihisab sama seperti orang lain. Walau bagaimanapun, apabila seseorang yang ada kecenderungan ini mula percaya yang dia sepatutnya ikut kehendak dirinya itu, di situlah peranan syaitan mula muncul. Itulah yang Farid Ravi Abdullah maksudkan. Tidak ada salahnya rasa mahu bercinta sesama jantina dalam hati, tetapi apabila kita benar-benar mahu menterjemahkan perkara itu kepada perbuatan, itulah yang Islam larang. Allah tidak akan hukum seseorang atas apa yang terlintas di hati. Allah hukum perbuatan.

lgbt what it means

Islam meminta mereka yang mempunyai kecenderungan sedemikian supaya memendam perasaan mereka dan jangan diturutkan perasaan itu. Jika perlu tidak bahagia kerana tak dapat rasa enaknya bercinta, itu adalah jalan yang perlu dipilih. Semua orang hidupnya senantiasa ada dugaan, bukannya hanya golongan LGBT sahaja yang diduga. Lelaki suka tengok buah dada wanita, tak menjadikan lelaki boleh tengok dada wanita bila-bila masa dia suka.

Pasangan bercinta sebelum kahwin juga senantiasa dilanda rasa gelora jiwa. Nak berjumpa. Nak berpegangan tangan. Nak bermanja-manja. Cara paling baik adalah tidak melakukan semua perkara tu, tahan diri, tahan godaan. Susah, memangla susah. Memang lagi senang diturutkan saja nafsu  terus kalau dah suka sama suka.

Semua di antara kita ada rasa desakan hati sebegitu. Tak ada istimewanya anda hanya kerana anda ada kemahuan LGBT. Apa berbezanya golongan LGBT ini sampai perlu masyarakat iktiraf kebolehan anda untuk menurut nafsu anda?

Kami juga hari-hari melawan nafsu kami.

302946 10150408767495056 602210055 10592965 2127148214 n1

Allah juga berikan kita akal untuk pilih jalan yang terbaik untuk kita. Jika akal kita sudah mula terpedaya untuk pilih jalan yang tidak diredhai Dia hanya kerana kita nak rasa bahagia, itu dah jelas salah. Berbezanya kita, adalah jumlah pengorbanan yang mungkin anda (golongan LGBT) terpaksa lakukan jika anda ingin berada di jalan yang lurus. Pengorbanan anda akan memaksa anda keseorangan sepanjang hayat, terpaksa berkahwin dengan wanita atau lelaki yang anda tak rasa syahwat atau bermacam lagi pengorbanan yang orang lain sendiri tak boleh bayangkan besarnya.Lebih besar pengorbanan, lebih besar ganjarannya. Peganglah janji Allah. Dia dengar apa yang anda rasakan, Dia benci jika anda mula lakukan.


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)