Sejak sekian lamanya, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengiktiraf bulan Jun setiap tahun sebagai Bulan LGBT. Ianya sebagai tanda menghormati peristiwa Rusuhan Stonewall yang berlaku di bandar New York pada tahun 1969.

Maka, apabila tibanya bulan Jun, dibandar-bandar besar yang menerima budaya LGBT, anda akan melihat bendera-bendera berwarna pelangi dikibarkan oleh aktivis-aktivis gerakan LGBT ini. Namun, tahukah anda daripada manakah asal-usul bendera berwarna pelangi ini?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bendera sebagai sebuah lambang kebanggaan

gilbert baker

Segalanya bermula pada tahun 1978 dimana seorang karyawan bernama Gilbert Baker, iaitu seorang individu yang secara terbukanya mengaku sebagai gay mencipta bendera pelangi ini. Beliau mengatakan, idea itu tercetus hasil desakan Harvey Milk yang mahukan sebuah logo bagi mewakili golongan mereka.

Harvey Milk merupakan seorang pegawai yang telah dilantik bagi mewakili golongan gay di Amerika Syarikat. Gilbert Baker mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk mencipta logo bagi mewakili gerakan LGBT ini dalam bentuk bendera memandangkan bendera dilihat sebagai simbol kebanggaan yang paling kuat .

Gilbert Baker juga mendedahkan bahawa penciptaan bendera ini bagi membolehkan golongan seumpanya lebih berani mengaku budaya atau amalan mereka secara terbuka dalam masyarakat dan lebih mudah mengenali golongan sepertinya.

Idea asal bendera LGBT

sejarah bendera lgbt

Gilbert Baker mendapat inspirasi daripada warna pelangi di langit dan beliau mengambil 8 warna daripada pelangi tersebut sebagai 8 jalur warna pada bendera ciptaannya. Menurutnya, setiap warna itu mewakili maksud tertentu yang dapat disimpulkan seperti di bawah:

  • Merah jambu - Seks
  • Merah - Kehidupan
  • Jingga - Kesembuhan
  • Kuning - Cahaya
  • Hijau - Semulajadi
  • Turquoise - Seni
  • Indigo - Harmoni
  • Ungu- Semangat

Versi pertama bendera pelangi ini telah digunakan secara rasmi buat pertama kalinya pada 25 Jun 1978 dalam sambutan Hari Kebebasan Gay San Francisco di San Francisco. Gilbert Baker dan beberapa orang sukarelawan telah menghasilkannya daripada tangan.

Perubahan terhadap bendera LGBT

perubahan bendera lgbt

Selepas pembunuhan Pegawai Gay San Francisco City Harvey Milk pada 27 November 1978, permintaan bendera pelangi telah meningkat. Bagi menampung permintaan yang tinggi ini, syarikat Paramount Flag Company mula menjual versi baru bendera pelangi ini dimana hanya 7 jalur sahaja digunakan.

Versi baru ini menyaksikan hanya warna merah, jingga, kuning, hijau, turquoise, indigo dan ungu sahaja digunakan sementara warna merah jambu telah dibuang. Keputusan ini terpaksa dilakukan memandangkan kesukaran untuk mendapat fabrik berwarna merah jambu dalam kuantiti yang banyak bagi menghasilkan bendera ini dalam skala yang besar.

Bendara pelangi yang digunakan pada masa kini

demonstrasi lgbt

Bendera yang asalnya mempunyai 8 jalur telah berubah menjadi 7 jalur kerana masalah produksi. Namun, pada tahun 1979 menyaksikan bendera yang menjadi kebanggaan golongan LGBT ini mengalami satu lagi perubahan dimana jalur warnanya telah dikurangkan kepada 6 jalur warna sahaja.

Apabila bendera ini digantung seara menegak pada tiang lampu, jalur keempat yang berada pada bahagian tengah dilihat seolah-olah terhalang dengan tiang lampu tersebut menjadikannya seperti tidak sempurna.

Bagi mengatasi masalah ini, keputusan telah diambil untuk menukar bendera ini supaya mempunyai jumlah jalur dalam kiraan genap. Oleh itu, sekali lagi bendera ini telah diubah kepada hanya 6 jalur sahaja iaitu warna merah, jingga, kuning, hijau, biru dan violet. Versi terbaru ini menyaksikan warna turquoise telah dibuang.

Pada tahun 1989, bendera pelangi ini mula mendapat perhatian warga Amerika Syarikat secara meluas berikut satu kes saman oleh John Stout terhadap pemilik rumah yang disewanya dan memenangi kes saman tersebut. Dalam kes tersebut, tuan rumah yang disewa John Stout telah mengeluarkan arahan yang menghalang beliau daripada mengibarkan bendera ini daripada balkoni rumah yang didiaminya di West Hollywood, California.

Pada masa kini, terdapat juga beberapa pihak terutamanya golongan muda yang cuba mencipta versi baru bendera ini dengan memasukkan warna hitam dan coklat. Warna hitam dan coklat ini dikatakan bagi mewakili golongan kulit berwarna selain daripada golongan orang putih. Walau bagaimanapun, golongan veteran LGBT ini menentangnya kerana berpendapat kedua warna ini tidak menggambarkan keceriaan.

Kredit:

Britannica Encyclopaedia

Wikipedia

BBC News




Hakcipta iluminasi.com (2017)