Oleh pada 14 Mar 2017 kategori

Sebagai masyarakat, apakah perkara pertama sekali yang kita akan buat kepada seseorang individu yang kita syaki dia LGBT?

Pertama sekali apa kita buat adalah kita simpan syak wasangka kita. Jika kita simpan seorang, tak ada masalah sebenarnya tapi selalunya yang berlaku, kita kongsikan keraguan kita pada orang lain. Kita jadikan dia itu topik perbincangan kita, nak pastikan sama ada dia itu L atau G atau B atau mungkin juga T.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dari situ merebak dan merebak lah syak wasangka kita itu. Kita jadi takut nak dekat dengan dia dan kita perhatikan setiap gerak geri dia. Masalahnya, pada ketika itu, perasaan kita itu semuanya berpunca dari persepsi kita. Kita yang rasa dia LGBT, kita yang buat kesimpulan dia tu macam tu.

"Alah, kau boleh kenal la, senang la nak kenal, takkan la kau tak boleh kenal?" Itu hujah biasa kita nak membolehkan tindakan kita.

Situasi tersebut hanya perlu satu saja cara nak rungkai; betul ke dia LGBT? 100% LGBT?

Jika persoalan itu tidak dapat dijawab, kenapa kita nak sampai kepada kesimpulan sendiri sedangkan besar kemungkinan dia yang kita syaki itu, tak pernah kacau kita pun?  Kenapa?

suami lari

Allah takkan hukum orang yang hatinya LGBT asalkan dia tak pernah bertindak menjadi LGBT. Mungkin orang yang kita syaki itu nampak terlalu lembut atau terlalu kasar, tetapi dah sifatnya begitu sedangkan dalam hati dia, setiap hari dia penat melawan perasaan dia tu. Kita tak tau mungkin dia ni jenis yang takut doa tapi dah nalurinya agak keperempuanan atau agak kejantanan, nak buat macam mana? Kita labelkan terus dia LGBT sedangkan dia sebenarnya berusaha untuk tidak menjadi demikian.

Ada dua golongan LGBT. Satu, golongan yang disebutkan di atas. Dua, mereka yang secara terbuka mengaku mereka LGBT, terlibat dengan aktiviti LGBT dan tidak malu meminta hak-hak mereka sebagai warganegara Malaysia. Kedua-dua golongan ini tidak sama abang-abang dan kakak-kakak. Kena tau lah perbezaan dia. Contoh paling mudah, seorang menteri yang dikatakan lesbian. Benarkah dia lesbian? Adakah kita kata dia lesbian kerana perwatakannya kasar dan rambut pendeknya itu? Adakah itu cukup untuk kita jatuh hukum kata dia lesbian? Pasti?

suami ku songsang 402

Jika ya sekalipun dia lesbian, kita tak tau. Itu antara dia dengan Allah swt. Kita pula, rujuklah kepada apa yang kita nampak dan bukan khabar angin, cakap orang, gosip atau testimoni yang kita tak tau mana datang. Segala keputusan dan persepsi kita kenalah dibentuk dari benda yang benar dan sahih. Bergantunglah dengan perkara yang sahih, walaupun menteri tersebut berpakaian ala maskulin dan rambut dia pendek, dia tak pernah sesekali pun kata dia lesbian, nak memperjuangkan hak dia sebagai lesbian atau tiba-tiba dalam Parlimen menjerit "GO LESBIAN!"

Kita bukannya malaikat mampu tau apa yang kita tak nampak. Kita bukannya ada bukti pun nak menuduh. Sikap ni la kot antara punca bala kerap benar menimpa negara kita ni.

Sebagai masyarakat, memang terlalu mudah untuk kita cop seseorang itu LGBT. Aku akui sifat mereka akan jelas kelihatan yang lelaki nya macam mana, perempuan macam mana, tetapi itu bukan lesen untuk kita terus cop siapa-siapa itu sah LGBT.

Ada LGBT berjenis senyap yang mungkin takut Tuhan, ada juga LGBT jenis yang dah tak peduli Tuhan, jadi dia berani minta itu ini, nak sijil kahwin sejenis dan lain-lain lagi.

Kenali dulu siapa. Mana satu golongan LGBT yang perlu ditentang, kita lawan. Mana LGBT yang perlu dibantu, kita bantulah. Bukan senang jadi mereka ini jika mereka ini Muslim dan mereka tau apa balasannya, jika terlalu menurut perasaan. Itulah pejuang LGBT sebenar, bukannya geng-geng yang bawak bendera pelangi tu atau seangkatan dengannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)