Oleh pada 22 Oct 2017 kategori

tuduhan curang dan tak bayar hutang ini jawab indah ruhaila 1

Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila

Penyanyi Indah Ruhaila menganggap dirinya difitnah oleh individu tidak bertanggungjawab yang menuduhnya curang sehingga ikatan pertunangannya sebelum ini putus.

Malah tindakan yang dikatakan untuk mensabotaj kerjaya seninya itu sedikit sebanyak memberi impak negatif terhadap periuk nasi sebagai penyanyi.

"Mungkin itu motif dia ingin sabotaj karier saya tapi jujurnya saya sendiri tidak tahu apa niatnya kaitkan kembali perkara lama.

"Perkara seperti ini memang akan memberi kesan negatif kepada karier saya tetapi saya tak mahu terlalu fikirkannya," katanya. memetik laporan portal Mstar Online.

Indah membuat kenyataan tersebut di pelancaran Kuala Lumpur Wedding Festival (KLWF) yang berlangsung di Hotel Premiera Kuala Lumpur pada Khamis.

tuduhan curang dan tak bayar hutang ini jawab indah ruhaila 2

Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila

Festival yang bakal diadakan pada 27 hingga 29 Oktober ini meletakkan 50 vendor terkemuka yang memberi tawaran pakej perkahwinan pelbagai kepada pasangan pengantin yang berminat.

Antara nama besar dunia fesyen yang menjayakannya termasuk Rizman Ruzaini, Rico Rinaldi, Azura Couture, Cherita by Nafarehan, Ezuwan Ismail dan Minaz Creation.

Sementara itu, Indah atau nama penuhnya Siti Ruhailah binti Hussein berkata, dia juga tidak kenal dengan individu yang cuba membusukkan namanya di media sosial itu.

Malah hal tersebut hanya diketahui selepas dia menerima panggilan wartawan yang ingin menemubual berkenaan isu berkenaan.

"Tak kenal dan tidak tahu siapa dia. Biarlah, saya tidak mahu ulas apa-apa kerana ia pasti akan berlarutan nanti," jelasnya.

Individu itu antara lain menuntut hutang daripada Indah sekeluarga atas pinjaman persiapan perkahwinan yang didakwa tidak dilangsaikan kepada bekas tunang.

Dikatakan, penyanyi itu sepatutnya melangsungkan majlis kahwin pada Mac lalu.

Dalam pada itu, bintang AF Megastar ini akui lebih bahagia melayari kehidupannya sekarang dan sedang berusaha memantapkan perjalanan karier.

Soal cinta pula, dia memberitahu sedang mengenali seseorang, bagaimanapun lebih selesa melabelkan hubungan tersebut sebagai kawan.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)