Kredit foto: Astro Gempak

Lagi beberapa jam sebelum berlangsungnya konsert akhir Gegar Vaganza 4 (GV4) yang bakal menobatkan juara baru program realiti ini.

Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman Siagian akan berentap untuk membuktikan kredibiliti mereka menduduki takhta itu menurut jejak Ayai Illusi (juara musim pertama), Siti Nordiana (juara musim kedua) dan Azharina Azhar (juara musim ketiga).

Mengimbau pencapaian para peserta sepanjang musim ini, Aishah memegang rekod paling cemerlang selepas meraih markah tertinggi sebanyak 96% sekaligus meletakkannya sebagai juara minggu pertama GV4.

Manakala, Liza Hanim memegang rekod juara mingguan terbanyak iaitu sebanyak tiga kali dalam tiga buah konsert.

Hazami yang menunjukkan taring sejak pertengahan musim pula berada di takhta juara sebanyak dua kali.

Selain mereka bertiga, jangan pula memandang rendah pada Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman Siagian yang mampu memberi kejutan di peringkat akhir malam ini.

Lan pernah digelarkan sebagai peserta dengan paling banyak peningkatan oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, walaupun prestasinya sedikit terjejas sejak diserang sakit.

Tia Jinbara adalah 'rockstar' yang konsisten setiap minggu meskipun persembahannya seringkali berada di skala sederhana. Tak kurang hebatnya, penyanyi Indonesia, Firman yang mempunyai gaya tersendiri dalam nyanyian, dan mula mencuri perhatian peminat muzik tanah air.

Ketua juri, Ramli MS, dalam kenyataannya meminta peminat GV4 supaya tidak meremehkan kredibiliti tiga peserta lelaki ini yang mampu menggugat kedudukan tiga yang lain.

Secara peribadi, penulis mengagumi kehebatan vokal Lan, namun jika hendak meramal siapa juara berdasarkan prestasi persembahan dalam konsert bagi keseluruhan musim, barangkali milik Hazami atau Liza Hanim.

Siapa pula pilihan anda? Saksikan persaingan hangat ini di Konsert akhir GV4 yang ke udara secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada malam ini (17 Disember 2017), jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Ini hadiah yang menanti para pemenang GV4.

JUARA

1. RM100,000.00 tunai sumbangan Astro dan Qu Puteh

2. Sebidang lot Tanah banglo sumbangan Bina Megan Empire

3. Pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com

4. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

5. Baucer membeli belah bernilai RM6000.00 sumbangan Go Shop

6. Piala Gegar Vaganza

NAIB JUARA

1. RM 50,000.00 tunai sumbangan Astro dan Qu Puteh

2. Sebidang Lot Tanah Banglo sumbangan Bina Megan Empire

3. Pakej percutian ke Turki sumbangan selamatbercuti.com

4. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

5. Baucer membeli belah bernilai RM5000.00 sumbangan Go Shop

6. Piala Gegar Vaganza

TEMPAT KETIGA

1. RM 30,000.00 tunai sumbangan Astro

2. Sebidang Lot Tanah Banglo sumbangan Bina Megan Empire

3. Pakej percutian ke Boracay sumbangan selamatbercuti.com

4. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

5. Baucer membeli belah bernilai RM4000.00 sumbangan Go Shop

6. Piala sumbangan Astro

TEMPAT KEEMPAT

1. RM 20,000.00 tunai sumbangan Astro

2. Pakej percutian ke Jogjakarta sumbangan selamatbercuti.com

3. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

4. Baucer membeli belah bernilai RM3000.00 sumbangan Go Shop

5. Piala Gegar Vaganza

TEMPAT KELIMA

1. RM 15,000.00 tunai sumbangan Astro

2. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

3. Baucer membeli belah bernilai RM2000.00 sumbangan Go Shop

4. Piala Gegar Vaganza

TEMPAT KEENAM

1. RM 10,000.00 tunai sumbangan Astro

2. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

3. Baucer membeli belah bernilai RM1000.00 sumbangan Go Shop

4. Piala Gegar Vaganza

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)