hazami dapat kedudukan keempat gv4 akhir hetty koes endang bersuara 1

Kredit foto: Instagram Hazami & Instagram Gegar Vaganza

Juri tetap Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Hetty Koes Endang menjelaskan beberapa pergerakan Hazami sewaktu beraksi di pentas akhir GV4 telah merosakkan mutu persembahannya.

Malah, ada juga pergerakan Hazami yang tidak sama seperti yang dirancang sewaktu sesi raptai.

“Markah malam ini sangan tipis, bukan bermaksud bila Hazami berada di tangga keempat dia tidak bagus," jelas Hetty memetik portal Media Hiburan.

Hetty menjawab isu kedudukan Hazami di tangga keempat yang tewas di tangan Lan Solo (tempat ketiga) pada konsert akhir GV4 semalam.

Sementara itu, Hetty memberi peringatan supaya mana-mana peserta pertandingan tidak menyanyi dalam posisi duduk kerana akan memberi kesan buruk dalam nyanyian.

Hetty berkata, vokal Hazami 'goyang' sewaktu bermain piano dan bergerak ketika persembahan solo.

hazami dapat kedudukan keempat gv4 akhir hetty koes endang bersuara 2

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

“Sesiapa sahaja yang memasuki pertandingan, jangan sesekali mengambil risiko untuk menyanyi sambil duduk kerana ia mempunyai perbezaan.

“Bagi saya, apabila Hazami bermain piano dan berjalan ia mempengaruhi nyanyian Hazami sehingga menyebabkan ia bergetar. Kena hati-hati!” katanya. 

Hazami mempertaruhkan lagu Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip) di segmen solo dan Amboi (Altimet) pada pusingan 'battle'.

Pertandingan realiti itu turut diadili Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor.

Sumber berita: Media Hiburan 

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)