Oleh pada 26 Jul 2017 kategori

Kredit foto: news.com.au

Malam Isnin lalu menjadi detik paling bermakna buat Diana Chan, peserta Masterchef Australia yang berasal dari Malaysia.

Diana diumumkan sebagai juara musim terbaru program berkenaan sekaligus menjadikannya sebagai rakyat Malaysia kedua yang mengungguli trofi juara - selepas Adam Liam, jejaka kelahiran Pulau Pinang pada musim kedua.

Lebih istimewa apabila kemenangan Diana adalah kerana hidangan Ikan Merah Masak Sambal, resipi daripada tunjuk ajar ibunya sendiri.

ikan merah masak sambal bawa tuah daian chan jadi rakyat malaysia kedua rangkul trofi masterchef australia 2

Kredit foto: news.com.au

Antara faktor lain yang menjadikan Diana begitu istimewa di mata juri adalah kerana sikapnya yang tenang ketika berhadapan dengan tekanan, selain menjadi peserta paling konsisten sepanjang pertandingan berlangsung.

Diana menerima ganjaran trofi dan wang tunai sejumlah A$250,000 serta bakal terbit dalam kolum majalah masakan, Delicious.

Berusia 29 tahun, beliau merupakan seorang akauntan kelahiran negeri Johor Bahru. Sewaktu remaja, Diana berhijrah ke Kuala Lumpur sebelum menetap di Melbourne, Australia pada usia 19 tahun. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)