Kehadiran individu tidak diundang iaitu Salt Bae atau nama sebenarnya, Nurset Gorce, seorang cef dari Turki yang terkenal dengan teknik taburan garam, dalam sambutan Argentina meraikan kemenangan Piala Dunia di Qatar mencetuskan kontroversi.

Banyak pihak melihat tindakan Salt Bae bersama-sama meraikan kemenangan pasukan Argentina serta memegang trofi Piala Dunia adalah satu tindakan yang tak sepatutnya dibenarkan. Betulkah tanggapan ini? Benar. Realitinya, wujud garis panduan yang ketat telah ditetapkan oleh FIFA dalam memantau dan menyelia keselamatan trofi emas seberat 6 kilogram itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Siapa sebenarnya yang dibenarkan memegang piala tersebut?

Kewujudan piala replika pele pegang piala dunia

Piala yang diperkenal sejak tahun 1974 dan diberi nama 'Trofi Piala Dunia FIFA' diperbuat daripada emas 18 karat, dengan ketinggian 36.8 cm dan berat 6.175 kg.

Direka dan diukir sebuah syarikat ukiran dari Itali, keseluruhan trofi ini menggunakan gabungan kerana emas, perak dan tembaga termasuklah tapak yang daripada bahan mineral malakit dianggarkan mempunyai nilai bahan sekitar RM725 ribu; r

Ramai tidak menyedari, trofi rasmi Piala Dunia berlohong di dalamnya, bagi membolehkan berat trofi yang ideal dapat dicapai. Sekiranya dibentuk dengan emas padu, trofi itu akan mempunyai berat sekitar 70 kg!

Di bahagian tapak trofi, sebuah plak yang terukir dengan nama-nama pasukan pemenang dipasangkan dan setiap kali berlangsungnya kejohanan edisi baru, plak itu akan ditukar bagi membolehkan tambahan nama dapat dibuat.

Itu cerita tentang piala rasmi. Bagaimana dengan replikanya?

Piala tiruan untuk pasukan

sindiket replika piala dunia di china

Untuk 3 kejohanan sebelum edisi 2022, FIFA memperkenalkan perubahan kepada peraturan berkenaan pemilikan trofi yang dimenangi juara.

Jika sebelum itu negara pemenang berhak untuk menyimpan trofi rasmi sehinggalah tarikh kejohanan berlangsungnya tiba, kini FIFA memperkenalkan piala gantian untuk disimpan terus negara pemenang. Trofi yang dinamakan 'Trofi Pemenang Piala Dunia FIFA.' 

Sebuah trofi replika daripada yang asal dengan ukiran, saiz dan berat yang serupa, replika kepada trofi rasmi diperbuat daripada bahan gangsa tetapi disalut dengan emas bagi menampakkan warna rasminya.

Setiap kali mana-mana pasukan bergelar juara Piala Dunia dan trofi kejohanan akan dijulang, majlis penyampaian hadiah akan menyampaikan piala rasmi sebenar kepada kapten pasukan pemenang. Jadi trofi yang anda nampak dalam gambar, adalah trofi asal. 

Pasukan juara juga dibenarkan untuk berarak di stadium dengan trofi rasmi dan juga membawanya ke bilik persalinan. Selepas selesai semua majlis keraian yang mahu dilakukan, pegawai FIFA akan mengambil semua trofi asal dan menukarkannya kepada versi replika, untuk diserahkan kepada skuad dan pengurusan pasukan.

Siapa yang dibenarkan menyentuh trofi ini?

jerman pemenang piala dunia 2006

Untuk menjaga kredibiliti trofi serta aura kejohanan dan mungkin juga melindungi trofi ini mengalami nasib sama seperti trofi lebih awal yang dicuri, FIFA telah menetapkan syarat yang cukup ketat untuk membenarkan siapa yang boleh mengendali atau menyentuh trofi rasmi tersebut.

Kumpulan pertama yang dibenarkan menyentuh atau menjulang trofi rasmi Piala Dunia adalah mereka yang berdaftar sebagai pemenang piala tersebut, meliputi keseluruhan pasukan-pasukan yang telah bergelar juara kejohanan.

Kumpulan kedua adalah ketua-ketua negara, biasanya melibatkan negara di mana trofi itu akan dipamerkan atau ketua negara yang menjadi tuan rumah kejohanan.

Tidak diketahui bagaimana individu tidak sepatutnya seperti Salt Bae dapat masuk ke padang dan meraikan kemenangan Argentina, seolah-olah dia ibarat rakan sepasukan mereka.

Apa yang kita tahu, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Daripada perhatian dunia sepatutnya berbicara tentang kejohanan sukan yang bakal dikenang berdekad-dekad lamanya, penamatnya dicemari dengan seorang pempengaruh yang jelas dahagakan perhatian sahaja.

Rujukan

FIFA World Cup™ Trophy Tour




Hakcipta iluminasi.com (2017)