Oleh pada 02 Oct 2017 kategori

juara masterchef australia diana chan akhirnya pulang ke malaysia

Kredit foto: masterchef-australia.com & tenplay.com.au

Akhirnya rakyat Malaysia berpeluang untuk bertemu juara program MasterChef Australia yang juga merupakan warga tempatan, Diana Chan.

Buat pertama kali, Diana yang berusia 29 tahun itu akan pulang ke tanah air untuk menemui para peminat dalam sebuah acara istimewa.

Para pengunjung yang hadir berpeluang untuk mendengar perkongsian pengalaman manis Diana sepanjang penyertaannya dalam MasterChef Australia musim sembilan.

Malah Diana juga akan mengadakan sesi soal jawab bersama peminat dan demonstrasi masakan istimewa.

Bakal menyertai kunjungan akauntan yang sedang menetap di Melbourne itu adalah finalis Malaysia MasterChef Asia, Jasbir Kaur dan Marcus Low.

Selain Diana, Jasbir dan Marcus juga akan mempertontonkan demo masakan mereka yang tersendiri. 

Kepada yang berminat untuk hadir bolehlah berkunjung di sesi itu yang akan berlangsung pada 7 Oktober ini di South Court (Tingkat Bawah) Mid Valley Megamall. 


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)