Oleh pada 19 Apr 2017 kategori

Kredit foto: mforum.cari.com.my

Gavin Edward O'Luanaigh, suami kepada pelakon Serina Redzuawan dalam kenyataan terkininya melahirkan tanda tanya akan punca tindakan isterinya meninggalkan rumah pada Januari tahun lalu. 

Bagi O'Luanaigh, titik mula konflik rumah tangganya berlaku adalah apabila isterinya itu pergi tanpa memberitahu sebab. 

suami serina dedah punca sebenar rumah tangga bergolak 2

Kredit foto: Mstar

Saya tidak tahu dan masih tidak faham mengapa dia meninggalkan saya kerana tidak diberitahu. Bagaimanapun saya berharap penyelesaian terbaik boleh dicari dan perkahwinan ini dapat dipulihkan. Walaupun tidak tahu ke mana dia pergi dan di mana dia tinggal, saya percaya tiada mana-mana pihak ketiga terlibat dalam isu ini kerana saya percaya dengan Serina. Saya sanggup menunggu agar dia berfikir tentang tindakannya dan keluarga kami.

Sumber: Mstar 

Tambah O'Luanaigh lagi, selama bergelar suami dia sentiasa memberi ruang kepada Serina untuk mengejar cita-cita dan kerjayanya kerana dia tahu wanita itu tidak hanya selesa memegang status sebagai suri rumah. 

Malah dari segi kewangan, O'Luanaigh mengakui telah memberi yang secukupnya, termasuk memberi peluang untuk isterinya itu menguruskan perbelanjaan mengikut kemahuan beliau. 

suami serina dedah punca sebenar rumah tangga bergolak 3

Kredit foto: The Star

Saya tidak kisah dengan semua perbelanjaan itu kerana ia adalah tugas saya untuk keluarga dan saya sedar mengenai tanggungjawab saya sebagai seorang suami untuk menyediakan semua keperluan dengan sewajarnya. 

Sumber: Mstar  

Meskipun tampil membuat ulasan tentang isu tersebut, O'Luanaigh melahirkan kekesalan kerana terpaksa bercakap mengenainya secara terbuka. Ini kerana mengikut kata sepakat beliau dan Serina pada awalnya hanya ingin membicarakannya secara tertutup dan peribadi. 

Terdahulu, bapa Serina iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan nama Chef Wan membuat kenyataan terbuka mendedahkan sifat menantunya yang dikatakan lokek dalam memberi nafkah kepada Serina. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)