Kredit foto: tv14.my
Pelakon Anzalna Nasir merupakan antara pelakon yang sering memuatnaik foto yang memaparkan kebahagiaan bersama suaminya di laman sosial Instagram.
Namun, Anzalna mengakui tidak bergantung hidup sepenuhnya dengan suaminya, Hanif Zaki tetapi juga hidup berdikari dengan keluar mencari rezeki sendiri.
Lelaki boleh berubah tiba-tiba. Walaupun saya nampak Hanif sangat sempurna dan tidak buat masalah langsung. Saya seperti wanita terbahagia di dunia. Bagaimana jika suami kita meninggal dunia?
Perlu ada duit dan harta sendiri seperti rumah dan kereta atas nama kita. Supaya, bila ditendang suami, kita ada tempat berteduh. Saya bekerja untuk duit saya membeli belah. Tidaklah suami kata saya hanya goyang kaki sahaja.
Ternyata, nasihat Anzalna itu amat berguna kepada para isteri di luar sana yang terlalu bergantung harap kepada punca pendapatan suami semata-mata sehingga tidak mempunyai simpanan sendiri.
Sumber: Malay Mail Online & beautifulnara.com