Oleh pada 26 Jul 2017 kategori

suami king coco dedah jantina anak 1

Kredit foto: Instagram King Coco

Meskipun pernah memberi petanda dirinya sedang hamil, terdapat beberapa pihak yang masih mempertikaikan status kehamilan Instafamous King Coco.

Ramai yang mendakwa Coco sengaja mereka-reka cerita untuk mendapatkan publisiti kerana popularitinya yang dikatakan hampir tenggelam.

Bagaimanapun dakwaan tersebut akhirnya terbukti tidak benar apabila suami Coco iaitu Azrin tampil dengan sebuah video live di laman Instagram baru-baru ini.

suami king coco dedah jantina anak 2

Kredit foto: Media Hiburan

Video tersebut memaparkan Coco sedang membuat rawatan imbasan fizikal bayi.

Coco kelihatan bersemangat untuk mengetahui jantina bayinya dalam imbasan berkenaan.

Lalu Azrin dengan penuh gembiranya memberitahu, "Anak lelaki, anak lelaki.. ini anak lelaki."

suami king coco dedah jantina anak 3

Kredit foto: Media Hiburan

Mengikut pendedahan doktor, kandungan Coco dikatakan berada dalam keadaan sihat. Kini kandungannya sudahpun berada dalam trimester kedua.

suami king coco dedah jantina anak 4

Kredit foto: Instagram King Coco

Kami doakan semoga segala-galanya berjalan dengan lancar sehingga ke hari kelahiran. 


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)