Sumber foto: Kosmo Online
Polis Sandakan telah mengetahui identiti 8 pelajar yang terlibat dengan pergaduhan berdekatan Piazza Harbour Square, Sandakan yang rakamannya terdahulu tular di media sosial.
Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan memberitahu, pihaknya telah mendapat laporan berkaitan insiden berkenaan pada pagi kelmarin.
"Hasil siasatan awal, polis sudah mengenalpasti 8 pelajar dari dua buah sekolah menengah di daerah ini yang terbabit dalam pergaduhan itu," katanya.
Pergaduhan diyakini disebabkan oleh salah seorang pelajar yang memuat naik foto seorang pelajar lain menerusi aplikasi WeChat sebelum terjadinya perbuatan sindir-menyindir.
"Sehinggalah berlaku pergaduhan seperti dalam video berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari, Jumaat lalu," ujarnya semasa dihubungi kelmarin.
Abdul Fuad memberitahu, siasatan masih sedang dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pagi kelmarin, sekumpulan remaja lelaki bergaduh di tengah jalan raya dan video pergaduhan mereka dirakam sehingga menjadi tular di Facebook, sejak Ahad lepas.
Sumber berita: Harian Metro