Hari ini, buat pertama kalinya Kementerian Pendidikan mengeluarkan senarai sekolah-sekolah yang dikenalpasti bermasalah di seluruh negara.

Sebelum ini pada bulan Jun 2017, Timbalan Menteri Pendidikan 2, Datuk Chong Sin Woon hanya mengumumkan terdapat 91 buah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah bermasalah gred 3 iaitu masalah disiplin serta dadah dan 311 buah sekolah lain yang dikenal pasti sebagai sekolah gred 1 yang mempunyai masalah disiplin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

sekolah bermasalah pelajar ponteng rokok dadah

Menurut statistik, jumlah pelajar yang mengalami masalah disiplin adalah sekitar 2.03 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar meliputi tahun 2012 sehingga 2016. Sementara bagi kes buli pula, sehingga Jun 2017, mencatatkan 872 kes dilaporkan. Persoalannya - negeri mana yang mempunyai jumlah sekolah bermasalah paling banyak?

Semua sekolah bermasalah dikelaskan dalam 2 kumpulan : Sekolah bermasalah Gred 1 mempunyai masalah disiplin yang teruk dan Sekolah bermasalah gred 3 yang mempunyai masalah disiplin dan masalah dadah.

Jadual sekolah bermasalah gred 1 paling tinggi mengikut negeri

NegeriJumlah
Selangor63
Johor 62
Negeri Sembilan34
Pulau Pinang 29
Perak22

Jadual sekolah bermasalah gred 3 paling tinggi mengikut negeri

NegeriJumlah
WP Kuala Lumpur23
Kelantan12
Pulau Pinang & Selangor9
Pahang & Terengganu7
Perlis & Negeri Sembilan5

Jadual sekolah bermasalah gred 1 & 3 paling tinggi

NegeriJumlah
Selangor 72
Johor 63
Negeri Sembilan39
Pulau Pinang38
Pahang 36

Maklumat yang diberikan tidak banyak menceritakan apa-apa cuma ia dapat membantu memberikan gambaran awal berkenaan masalah disiplin pelajar. Masih terlalu banyak kajian perlu dijalankan bagi mengenalpasti permasalahan dan solusi yang diperlukan sebelum memperkenalkan langkah-langkah terbaik bagi mengawal gejala ini dari terus merebak.

sekolah bermasalah buli gaduh perempuan

Sebagai maklumat tambahan, di negeri Sabah tidak ada satu pun sekolah yang dilabelkan sebagai sekolah bermasalah dan di Putrajaya, hanya ada dua sekolah yang dilabelkan sebagai sekolah gred 1.

Kesimpulan daripada laporan ini

Kita memerlukan pendekatan yang lebih holistik dalam membendung masalah disiplin pelajar khasnya masalah jenayah dadah yang kerap berlaku di kalangan pelajar sekolah. Ibu bapa perlu memainkan peranan mengawasi tingkah laku anak-anak mereka dan berwaspada tentang sebarang perubahan yang terjadi pada mereka.

Jika pihak ibu bapa terus hanya bergantung kepada pihak sekolah, masalah ini, angka-angka ini, nombor-nombor ini pasti tidak dapat dikurangkan pada tahun hadapan.

Rujukan 402 Malaysian schools with disciplinary




Hakcipta iluminasi.com (2017)