Oleh pada 28 Apr 2017 kategori

Terdapat 2 penyebab utama yang anda perlu untuk tahu apabila kaki ada berbau. Sebab utama itu adalah berpunca dari peluh dan bakteria. Sebenarnya peluh semata-mata bukan menyebabkan kaki anda berbau tetapi bakteria yang hidup subur di persekitaran kawasan yang lembap itulah yang mewujudkan bau menjadi busuk. Peluh sebenarnya tidak berbau bagi sebahagian besar manusia kecuali peluh yang datang dari kelenjar dari kawasan ketiak dan kemaluan. 

penyesalan kucing

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terdapat protein dan asid amino dalam peluh yang dihasilkan oleh kelenjar (dipanggil kelenjar apokrin) yang memakan bakteria dan memberikan bau yang tidak menyenangkan. Bakteria akan makan peluh pada kaki anda dan mengeluarkan sejenis gas yang menyebabkan bau itu datang. Jadi pastikan anda menjaga kaki anda supaya ia sentiasa kering dan bersih.  Jika bakteria pada kaki anda dapat dihapuskan, anda tidak perlu lagi berasa bimbang mengenai kaki anda yang berbau walaupun berada di dalam bilik dengan orang lain di sekeliling. Terdapat 5 petua yang kami ingin kongsikan untuk anda bagi mengatasi masalah kaki berbau.

Rendam kaki dengan garam epsom ( Magnesium Sulfat )

Garam epsom dapat meneutralkan bau dan juga mampu untuk meringankan beban kaki anda yang sakit. Apa yang anda perlu adalah sebekas air suam (8 gelas air suam) dan juga secawan garam epsom. Rendam kaki anda selama 30 minit sebanyak 1-2 kali sehari. Selepas itu pastikan kaki anda di lap dengan tuala supaya ia kering. Anda juga boleh memasukkan hirisan lemon dan juga bunga-bungaan  didalam bekas air tersebut untuk sesi aromaterapi.

rendam kaki dalam air garam dan lemon

 Menggunakan sabun anti bakteria

Terdapat pelbagai jenama sabun anti bakteria yang terdapat di pasaran ini. Anda boleh menggunakannya untuk membasmi bakteria yang terdapat pada kaki anda. Anda hanya perlu menyental kaki anda dengan sabun anti bakteria sekerap mungkin. Ini untuk memastikan supaya kaki anda bebas dari bau yang tidak menyenangkan. Lap sehingga kering selepas membasuh kaki.

cuci kaki dengan sabun

Sarung kaki dan kasut yang sesuai

Elakkan untuk memakai sarung kaki jenis nylon kerana ia mampu untuk memerangkap kelembapan pada kaki anda. Sebaiknya guna sarung kaki jenis cotton kerana kaki anda dapat bernafas melaluinya. Jika kaki anda cepat berpeluh dan lembab, pastikan anda membawa lebih sarung kaki supaya anda dapat menukarnya jika kaki mula berpeluh.

Cari kasut yang mempunyai fabrik yang mempunyai pengaliran udara. Ini untuk memastikan kaki anda mempunyai udara untuk memastikan ia dapat bernafas sekaligus mengurangkan peluh dan bau. Antara fabrik yang sesuai untuk kasut adalah seperti cotton atau kulit. Anda juga dinasihatkan supaya tidak memakai kasut yang ketat.

pilih stokin yang betul

Guna serbuk

Anda sebenarnya boleh menggunakan penyembur disinfectant untuk menyembur pada bahagian dalaman kasut anda tetapi ada cara lagi mudah dan jimat. Anda hanya perlu menggunakan tepung jagung dan menabur pada bahagian dalaman kasut anda. Tepung jagung berfungsi untuk menyerap kelembapan dan juga bau yang tidak menyenangkan pada kasut anda.

tepung jagung

Selamat mencuba, kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)