hanya tukang masak tempatan bekerja di restoran bermula 1 januari 2019

Kredit foto: Facebook Kula Segaran (Gambar tiada kena-mengena dengan berita ini)

Bermula 1 Julai, semua restoran di negara ini hanya boleh menggunakan khidmat pekerja tempatan sebagai tukang masak.

Arahan itu diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Namun, tempoh yang diberikan oleh pihak kementerian kepada pemilik restoran supaya mematuhi arahan itu adalah sehingga 31 Disember ini.

Menteri M. Kulasegaran berkata, peraturan baru itu akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.

Peraturan itu diwujudkan untuk memastikan warga tempatan diberikan kerja sebagai tukang masak, serta mengurangkan kebergantungan ke atas pekerja asing dan memastikan kualiti makanan terjaga.

Jelasnya, suatu pertemuan bersama Persatuan Pengusaha Restoran India (Prisma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (Presma) akan diadakan oleh kementerian dalam tempoh terdekat.

Peraturan yang tidak membenarkan warga asing bekerja sebagai tukang masak di kedai makan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sejak tahun 2014.

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Facebook Berita TV9

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 


tags : , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)