dua lelaki ditahan berhubung kes samun tikam tukang masak

Sumber foto: The Star Online

Polis menahan dua lelaki tempatan untuk membantu siasatan berkaitan kes seorang tukang masak wanita yang meninggal dunia akibat ditikam sewaktu menjadi mangsa ragut di Jalan Sutera 7, Taman Sutera, Yong Peng, Johor Bahru pada Selasa lepas.

Menurut Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa selaku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, kedua-dua suspek berumur 20-an tahun itu ditahan di Yong Peng pada jam 1.30 petang kelmarin.

"Polis percaya kedua-dua mereka serta mangsa saling mengenali.

“Penahanan suspek terbabit boleh membantu siasatan kes mangsa yang maut selepas ditikam dengan senjata tajam di dada hingga menembusi jantung,” ujarnya semasa dihubungi kelmarin.

Kosmo! Selasa lepas mendedahkan, seorang tukang masak menemui ajal apabila penjenayah yang meragut beg tangannya turut bertindak menikam mangsa di bahagian dada dengan senjata tajam di Jalan Sutera 7, Taman Sutera Yong Peng.

Menerusi insiden jam 1.25 pagi tersebut, mangsa, Tan Chi Ann (47 tahun) didakwa sempat berjalan bagi mendapatkan bantuan setelah dadanya berlumuran darah. Tetapi, dia kemudiannya rebah sekitar 50 meter dari lokasi dia diragut. 

Suspek yang dipercayai terbabit menerusi insiden itu adalah lebih dua orang yang berkelakuan agresif ke atas mangsa lalu menghilangkan diri dengan sebuah motosikal.

Sumber berita: Kosmo Online


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)