Oleh pada 29 May 2018 kategori

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada golongan peniaga supaya mematuhi pelaksanaan kadar sifar peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula Jumaat ini. 

Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK dalam sidang media semalam, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin, jika gagal patuh, tindakan tegas akan dikenakan melalui peraturan penguatkuasaan seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

Jelasnya, pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNKK telah digerakkan ke kebanyakan pasar raya untuk memantau perubahan harga yang bakal berlaku bagi memastikan kestabilan harga barang di pasaran.

Tambahnya, pengguna diminta supaya memeriksa resit bagi memastikan harga barangan yang dikenakan serta dipamerkan adalah wajib sifar GST.

Sebarang aduan boleh dibuat kepada KPDNKK dengan menghubungi 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC) di talian 03-8000 8000, Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik di talian 03-8882 6088/6245 atau menerusi email di e-aduan@kpdnkk.gov.my.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih Ez ADU atau datang ke mana-mana cawangan KPDNKK di seluruh negara.

Sumber:

1.  Facebook Berita TV9

2. Facebook Channel W

3. Facebook Bernama Radio

4. Facebook Bernama [1, 2, 3]

5. Facebook BNBBC

6. Twitter BFM News

7. Facebook KPDNKK

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)