Oleh pada 29 Mar 2017 kategori

Pernah tak alami situasi ini : Anda cuba masak masakan seperti masakan di hotel dan high-class, dan anda ikut segala arahan dalam resipi dengan teliti, timbang semua bahan dengan cermat, tetapi rasanya, jauh berbeza daripada yang anda mahukan dan sangkakan. Pernah? Kami yakin semua orang pernah alami situasi ini. Dan mesti anda tertanya, mengapa boleh jadi begitu?

gordon ramsay

Ayat yang biasa didengar daripada mulut chef yang mendapat bintang Michellin, Gordon Ramsay, "No colour, no flavor,".

Kebanyakkan resipi yang kita dapat dari internet atau buku, sebenarnya, tidak menjelaskan 100% cara yang anda patut tahu. Ini mungkin kerana ada yang beranggapan sesetengah teknik adalah asas yang common sense, yang patut anda tahu.

Jadi iluminasi.com nak bawakan anda menyelami satu persatu kesalahan memasak yang sering kita lakukan yang boleh menjejaskan rasa makanan kegemaran anda.

1. Kurangkan bahan dalam kuali ketika grill

overloading pan 245

Ingat, jika anda mahukan tekstur luar steak anda rangup dan sedap, anda perlu berikan ia ruang yang cukup supaya ia boleh dimasak dengan betul. Jika anda masukkan bahan dalam jumlah yang terlalu banyak, steak anda bagaikan direbus, bukan di-grill.

2. Masak daging menggunakan kuali non-stick

non stick pan

Salah satu sebab anda gagal dapatkan tekstur yang rangup adalah kerana menggunakan kuali non-stick. Perkakas masak seperti ini biasanya kurang panas daripada kuali biasa, sebab itu ia sangat sesuai untuk di masak omelet dan lempeng. Untuk daging pula, gunakan pemanggang atau kuali yang disaluti besi.

3. Masukkan garam ketika merebus pasta

garam dalam pasta

Kaedah asas untuk memasak pasta yang sempurna adalah dengan memasukkan sedikit garam ketika merebus pasta. Kurang garam menyebabkan pasta anda tidak mempunyai rasa, dan tiada sos yang boleh selamatkannya. Jika anda tidak pasti berapa banyak garam yang diperlukan, ini tip, masukkan 1 sudu besar garam untuk setiap 300 gram pasta.

4. Minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng

minyak zaitun

Pada suhu yang tinggi, minyak zaitun akan hilang segala nilai nutriennya dan mula terbakar. Ini akan menjejaskan rasa makanan anda. Jadi, gunakan minyak zaitun bersama salad dan minyak bungamatahari atau minyak canola bagi menggoreng.

5. Ukuran dan sukatan yang betul

ukur guna gelas

Ramai di antara kita mengukur kuantiti bahan untuk membuat doh menggunakan gelas atau cawan tanpa menyedari bahawa ia akan mempengaruhi jumlah bahan kering dan cecair. Ingat, apa saja yang melibatkan baking memerlukan kuantiti yang sangat tepat. Jadi, jika anda terlupa sukatan, cuba gunakan penimbang yang sesuai, untuk mengelakkan kek atau kuih anda rosak.

6. Pastikan kuali sudah cukup panas

periuk tak cukup panas

Chef berpengalaman pernah berpesan, "Jika anda rasa kuali anda sudah cukup panas, tunggu lagi 2 minit dan masak". Perlu ditegaskan di sini, kuali anda perlu cukup panas sebelum anda mula menggoreng sayuran atau mendapatkan tekstur yang sedap pada daging anda.

7. Jangan tumis bawang terlalu lama

terlebih masak bawang putih

Kebanyakan resepi mencadangkan supaya bawang putih di masukkan di penghujung masakan, atau dibuang selepas 2-3 minit anda mula masak. Bawang putih mengandungi air yang terlalu sedikit berbanding sayuran lain, jadi ia akan mudah terbakar. Jika anda terlebih masak bawang putih, ia akan memberikan rasa yang tak enak pada seluruh masakan anda.

8. Jangan masak daging yang masih beku

masak daging beku

Sebelum memasak daging, anda perlu biarkan ia berada ditempat bersuhu bilik untuk beberapa jam, atau menggunakan pelembut daging. Daging yang di biarkan rehat pada suhu bilik akan masak dengan sekata. Daging yang beku pula, mungkin kelihatan masak diluar, tetapi sebenarnya masih mentah di dalam. Kaedah ini sama bagi daging yang dimasak di dalam ketuhar.

9. Makan daging sebaik saja ia dimasak

makan daging selepas masak

Walaupun anda tak sabar nak merasa masakan anda, ia adalah lebih baik jika anda dapat membiarkan daging anda untuk rehat beberapa minit. Jangan potong atau makan steak anda sejurus selepas ia dimasak. Ia akan mempengaruhi rasa steak tersebut. Ia akan menjadi lebih enak jika dberikan rehat beberapa minit.

10. Kurangkan mengalih ketika memasak

selalu flip

Anda tak perlu selalu alihkan makanan anda ketika sedang masak. Anda akan menyebabkan daging menjadi kering atau ikan anda kehilangan salutannya. Biarkan daging anda dimasak dengan tenang, dan jangan alihkan jika tak perlu, ini salah satu peraturan penting bagi seseorang chef. 

11. Jangan rebus telur terlalu lama

terlebih masak telur

Pernah tak anda nampak warna kelabu pada kuning telur, dan telur putih rasa seperti getah? Sebenarnya, ia tiada kena mengena dengan kualiti telur. Kemungkinan besar, anda telah rebus telur tersebut terlalu lama. Untuk dapatkan tekstur dan warna yang betul, angkat periuk rebusan telur tersebut daripada api sebaik sahaja air mendidih, dan biarkan telur tersebut terendam di dalam air dan tutup dengan tudung periuk. Biarkan telur berendam selama 10 minit. Telur tersebut akan masak dengan sempurna dan rasanya akan menjadi lebih enak.


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)