hairul azreen dedah bekerja sebagai tukang cat jalan

Kredit foto: Instagram Hairul Azreen

Aktor Hairul Azreen menerusi laman Instagramnya mendedahkan pekerjaan lama beliau sebagai buruh kasar dengan tugasan mengecat jalan raya! 

Bersama kapsyen, Hairul turut memuat naik foto kenangannya ketika bertugas di tepi jalan - sekitar tahun 2006.

Dalam masa sama, beliau akui malu untuk mengambil gambar ketika itu kerana bimbang kekasihnya lari!

Di kesempatan yang sama, Hairul sempat menasihati para pengikutnya supaya sentiasa menghargai orang sekeliling tanpa mengambil kira darjat dan pangkat mereka. 

Tegasnya, ijazah terbaik dalam kehidupan adalah pengalaman yang mengajar erti segala-galanya.

Kenyataan itu disambut baik oleh para peminat beliau yang mengagumi sikap Hairul kerana sanggup melalui episod kesusahan demi memajukan diri.

Kredit foto: Instagram Hairul Azreen
Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)