Oleh pada 22 Mar 2018 kategori

Sumber foto: ohbulan.com

 

Baru-baru ini, hangat diperkatakan Neelofa dan Datuk Hans Isaac menghadiri makan malam di Resort World Genting setelah menonton konsert John Legend di Arena of Stars, Genting Highlands.

Kawan baik Hans Isaac, Elaine Daly memuatnaik sebuah video di Insta Stories, yang memaparkan Hans duduk di tepi Neelofa di sebuah restoran terkenal di Genting.

Lebih mengiyakan spekulasi itu, Neelofa juga ada memuat naik videonya menjamah makanan di restoran berkenaan.

hans isaac dan neelofa makan malam kembali bercinta 1

Sebelum ini, Hans dan Neelofa pernah dikatakan mempunyai hubungan yang tidak diketahui sejauh mana keseriusannya, tetapi berakhir setelah 2 tahun.  

Namun, buat masa ini, Neelofa dan Hans masih tidak memberikan kenyataan berkenaan perkara terbabit.

Sekiranya betul pasangan ini bercinta semula, mari kita sama-sama doakan yang terbaik memandangkan mereka berdua masih belum mempunyai pasangan.

Sumber:

1. Myartis.com

2. Hangat.com 




Hakcipta iluminasi.com (2017)