Oleh pada 13 Apr 2018 kategori

jodoh hanya tuhan yang tahu hans isaac akui jadi tempat rujukan neelofa 1

Kredit foto: BH Online & Instagram Neelofa

Aktor dan produser filem Datuk Hans Isaac memaklumkan antara dirinya dan aktres Neelofa hanyalah bersahabat baik.

Namun, Hans, 45, akui masih berhubung dengan pengacara Meletop itu, malah dia sentiasa menjadi tempat rujukan apabila wanita itu dilanda musibah.

“Neelofa termasuk dalam golongan kawan baik saya seperti seperti Datuk Afdlin.

“Apa juga berkaitan industri atau perniagaan dia banyak minta nasihat dan pandangan saya. Seperti kontroversi baru-baru ini saya minta dia mengaku bersalah sahaja dan minta maaf.

“Kita manusia tidak sempurna, kadang-kala CEO juga buat kesilapan,” dedahnya kepada Mstar Online.

Pelakon filem J Revolusi ini membuat kenyataan sewaktu menghadiri sesi rakaman program Rojak yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.

jodoh hanya tuhan yang tahu hans isaac akui jadi tempat rujukan neelofa 2

Kredit foto: hangat.com

Beliau menjawab persoalan berkaitan hubungannya dengan Neelofa yang dikatakan sudah kembali berputik terutamanya selepas foto-foto mereka menonton konsert baru-baru ini menjadi tular di laman sosial.

Sementara itu, aktor tinggi lampai ini menyerahkan soal jodohnya dengan aktres itu kepada ketentuan Tuhan.

Menurutnya, dia enggan bercakap dengan lebih lanjut kerana ingin menghormati keluarga dan kehidupan wanita berkenaan.

“Hubungan kembali terjalin? Tuhan sahaja yang tahu kerana jodoh di tangan tuhan.

“Kalau boleh saya tidak mahu cakap tentang itu bagi menghormati keluarga dan ibu bapa dia,” jelasnya.

Kata Hans lagi, dia juga tidak mahu dianggap seperti sengaja ingin menumpang populariti pelakon filem Azura 2012 itu.

Lagi pula, hubungan antara mereka sudah terjalin sejak Neelofa masih belum dikenali umum.

“Saya tidak mahu ada pula lepas ni anggap saya hanya ingin tumpang populariti dia. Saya kenal dia sebelum popular lagi.

“Bagi saya dia masih orang yang sama cuma populariti yang diraih kini berbeza,” katanya.

Untuk rekod, pasangan ini pernah bercinta sekitar tahun 2011 sebelum mengumumkan hubungan mereka berakhir dua tahun kemudian.

Seterusnya, Hans mengikat tali pertunangan dengan model Gabrielle Robinson pada Januari tahun lalu, dan pertunangan mereka terputus pada Oktober 2017.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)