Oleh pada 08 Aug 2017 kategori

tunang padam foto foto hans isaac di instagram

Kredit foto: The Star

Kira-kira lima bulan lalu, aktor Hans Isaac telah membuat pengumuman berita pertunangannya bersama ratu cantik dan pengacara Gabriella Robinson dalam sebuah majlis sidang media. 

Jika anda masih ingat ketika itu situasi menjadi tegang apabila bekas kekasih Gabriella tampil memberi pendedahan tentang kecurangan wanita itu yang didakwa meninggalkannya kerana Hans.

Bagaimanapun Gabriella menafikan dakwaan dia masih bersama kekasih lama ketika pertunangannya dengan Hans kerana hubungan bersama lelaki tersebut telah lama berakhir.

Terkini, menerusi blog hiburan Beautifulnara melaporkan terdapat sumber memberitahu yang foto-foto Hans di akaun Instagram Gabriella telahpun dihapuskan. Sumber tersebut mendakwa hal ini baru sahaja berlaku dan dia menyedarinya kerana sikap prihatin mengikuti perkembangan Instagram pasangan terbabit.

Dulu lepas Hans umumkan tunda kahwin, ada lagi gambar makan malam dengan keluarga. Lepas itu Hans dah pun padam gambar itu. Tinggal gambar lama saja. Kali akhir periksa Instagram Gabriella ada lagi gambar Hans, sekarang dah tak ada batang hidung Hans dekat Instagram dia lagi.

Sumber: Beautifulnara

Pastinya ini adalah satu perkembangan yang mengejutkan sekaligus bakal menimbulkan tanda tanya ramai. Mungkin Gabriella ada penjelasan di sebalik tindakan drastiknya ini? Sama-sama kita nantikan. 


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)