Ia merupakan perkara yang biasa untuk kita berasa patriotik apabila mendengar nama negara sendiri. Tapi, tahukah apa maksudnya dan dari mana ia datang?

Menurut penyelidikan yang dikumpulkan oleh Quartz dari buku rujukan toponomi "Oxford Concise Dictionary of World Place-Names", mereka mendapati bahawa nama-nama negara di atas muka bumi ini diperolehi melalui satu daripada mana-mana empat kategori yang wujud.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jom kita lihat 4 kategori yang memberikan nama kepada hampir kesemua negara-negara di dunia.

Ciri-ciri tanah negara tersebut

ini 4 kategori yang menentukan nama bagi setiap negara di dunia

Hampir satu perempat negara di dunia ini mendapat nama daripada ciri-ciri dan perihal tanahnya. Sebagai contoh, Iceland pada asalnya dikenali sebagai Snæland atau "Snow Land" yang mana negara ini merupakan negara salji. Namun nama yang digunakan kini berasal dari peneroka Norse yang menamakannya untuk menghalang pengunjung.

Granada pula diberikan oleh pelayar-pelayar Sepanyol yang menyangkakan landskap negara ini menyerupai wilayah di sekitar Granada yang terletak di Sepanyol.

Asal nama Guatemala tidak begitu jelas namun ia mungkin berasal daripada perkataan Aztec "Quauhtemallan" yang bermaksud "tanah yang mempunyai banyak pokok" atau "tanah burung helang". Ia juga mungkin berasal daripada perkataan "Guhztezmalha" yang bermaksud "gunung yang memancutkan air" merujuk kepada gunung berapi Aguq.

Penerangan mengenai arah

ini 4 kategori yang menentukan nama bagi setiap negara di dunia 2

Kategori ini berbeza dengan kategori pertama yang mana lebih spesifik secara geografi. Menurut Quartz, kira-kira 25 buah negara dinamakan dalam kategori ini berdasarkan lokasi-lokasi negara ini.

Sebagai contoh, nama Australia berasal dari nama Yunani iaitu Terra Australis Incognita yang bermaksud "tanah selatan yang tidak diketahui", kerana orang Yunani membayangkan tempat yang jauh ini di hemisfera selatan.

Ireland pula berasal dari Iar-en-land bermaksud "tanah di selatan" daripada perkataan Gaelic "iac" membawa maksud "selatan". Ecuador bermaksud "equator" ("khatulistiwa") dalam bahawa Sepanyol, disebabkan garisan khatulistiwa melalui bahagian utara negara ini.

Nama suku kaum dan sifat-sifatnya

ini 4 kategori yang menentukan nama bagi setiap negara di dunia 3

Dan majoriti daripada negara-negara di dunia memperoleh nama terkini daripada kumpulan manusia atau suku kaum yang tinggal di tanah tersebut. Kategori ini bukan sahaja dinamakan bersempena suku kaum tetapi juga yang dinamakan menggunakan sifat-sifat kaum pribumi mereka. 

Negara dengan nama daripada nama suku kaum:

  1. Sebagai contoh, nama negara kita Malaysia dinamakan bersempena kaum Melayu iaitu Malay, dan perkataan "sia" adalah daripada bahasa Latin yang membawa maksud "tanah".
  2. Albania pula dinamakan bersempena suku kaum Albanoi dan Bangladesh bermaksud "tanah orang Bangla", yang mana orang Bengali memperoleh nama mereka daripada Banga, ketua suku kaum Bang.
  3. Nama Perancis diperoleh daripada perkataan Latin bermaksud Francia, yang bermaksud tanah orang Frank. Frank adalah gabungan puak-puak Jerman yang berjaya menakluki Gaul (nama asal Perancis) pada Zaman Pertengahan yang dipimpin oleh raja mereka iaitu Raja Clovis.
  4. Hungary berasal dari "On Ogus", nama satu kumpulan puak yang bermaksud "sepuluh anak panah".

Negara yang dinamakan sempena ciri orang mereka:

  1. Finland bermaksud "tanah orang Finns", yang mungkin berasal dari finna Jermanik bermaksud "sisik ikan". Ia mungkin merujuk kepada jenis pakaian yang dipakai oleh suku Finnish awal.
  2. Macedonia berasal daripada Yunani kuno iaitu "mak" bermaksud "tinggi", yang mungkin merujuk kepada penduduk mereka yang tinggi.
  3. Papua New Gunies pula mendapat nama dari bahasa Indonesia yang bermaksud "lelaki berambut keriting".

Bersempena nama individu

amerigo vespucci ini 4 kategori yang menentukan nama bagi setiap negara di dunia 3

Sebanyak 25 buah negara dinamakaan bersempena nama lelaki penting dalam sejarah, dan satu daripadanya bersempena nama seorang wanita.

  1. Amerika dalam Amerika Syarikat diberikan sebagai penghormatan terhadap penjelajah Itali iaitu Amerigo Vespucci. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep revolusi bahawa taanah yang Christopher Columber belayar pada tahun 1492 ini adalah sebahagian daripada benua yang terpisah. "Amerika" adalah "Amerigo" versi Latin.
  2. Filipina dinamakan bersempena raja Sepanyol pada abad ke-16 iaitu Raja Philip II.
  3. St. Kitts adalah singkatan kepada St. Christopher yang dipilih oleh Christopher Columber bersempena ketua paderinya.

Lain-lain

Dan bagi negara-negara yang tidak berada dalam 4 kategori ini, ianya sama ada dinamapak bersempena kisah asal yang unik atau langsung tidak diketahui asalnya. Untuk mengetahui senarai penuh maksud nama negara-negara dan asalnya, baca artikel-artikel ini:

Asal-usul dan maksud nama negara-negara di benua Asia

Ini asal-usul nama dan makna bagi 51 negara di benua Eropah

Rujukan:

1. Blogs

2. Curio

3. Telegraph




Hakcipta iluminasi.com (2017)