haji zeel komen lakonan fattah dalam kl special force

Kredit foto: Instagram Fadzil Teh

Sutradara dan penerbit Zeel Production, Fadzil Teh memberitahu betapa dia tersentuh melihat filem terbaru lakonan aktor Fattah Amin iaitu KL Special Force.

Pengarah yang dikenali sebagai Haji Zeel itu menyatakan rasa terkejut menyaksikan kualiti lakonan Fattah memegang peranan sebagai anggota polis.

"Saya menangis bukan sebab Liza Dollah bukan jugak sebab Rosyam Noor atau Syamsul Yusof.

"Saya menangis sebab bangkitnya Fattah Amin sebagai hero baru filem melayu," tulisnya di laman Instagram.

Fadzil antara lain mengulas gelaran 'pelakon kayu' yang pernah dilabel pada aktor muda itu.

Bagi Fadzli, persembahan lakonan Fattah kali ini berjaya memberikan impak besar kepada keseluruhan filem aksi berkenaan.

"Dia kayu yang dikatakan ramai insan seni jugak tapi bagi saya dia kayu yang bernilai tinggi.

"Tahniah Fattah Amin lakonan hebat yang memberi impak besar dalam filem KL Special Force," katanya.

Kenyataannya nyata dipersetujui rata-rata netizen yang turut mengesan perubahan dalam kualiti lakonan Fattah berbanding drama-drama yang dijayakannya sebelum ini.

Filem bercorak kepolisan itu turut dilakonkan Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)